Label 10

Latest Post
Showing posts with label KELANTAN DAN TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN DAN TERENGGANU. Show all posts

Terkini Keputusan BN Menang Di Pulau Perhentian

Written By AAKJ on Wednesday, July 24, 2013 | 4:45 PM


SALURAN 1
BN – 222
PAS – 93
Undi Rosak – 3
Jumlah = 318

SALURAN 2
BN – 232
PAS – 86
Undi Rosak – 1
Jumlah = 319

JUMLAH KESELURUHAN UNDI  PDM  PULAU PERHENTIAN
BN =  454
PAS = 179
UNDI ROSAK = 4
JUMLAH = 633
MAJORITI BN = 275

#PRKKualaBesut : Che Long Patut Bertanding D Kelantan !!

Written By AAKJ on Friday, July 19, 2013 | 12:23 PM


Calon Cari Makan yang menjadi anak emas Pas Kelantan khabarnya baru sahaja dapat 2 kawasan Balak di negeri Kelantan. Benarkah berita ini..aakj ulang..bukan satu kawasan tapi dua kawasan balak yang luasnya lebih dari 10 ribu hektar ? Calon Cari Makan ini wajib jawab dengan sertakan supah laknat bahawa ini semua fitnah !!

Bukan sahaja kawasan Balak..malah khabarnya Kilang atau Stor Kayu antara terbesar d Kelantan juga d miliki oleh Calon Cari Makan ini..lihat video betapa besarnya 'stor kayu' Calon Cari Makan ini..

klik video d SINI.

Calon Cari Makan ini juga d beritakan mempunyai syarikat pembinaan yang banyak mendapat projek dari Kerajaan Negeri Kelantan dengan nilai terkumpul projek RM 50 juta lebih...klik d SINI

Persoalan timbul..kenapa semua projeknya d Kelantan dan bukan d Terengganu ? walhal Trengganu pernah d kuasai oleh Pas d penggal 2004. Siapa Calon Cari MAkan ini sebenarnya d hati Nik Aziz ? apa kaitan beliau dengan Pas Negeri Kelantan sehinggakan mendapat layanan yang terbaik dari Pas Kelantan ? bukan sedikit kalau dapat projek RM50 juta dan mendapat kawasan balak yang besar..siapa dia ?

Ada suara mengatakan beliau adalah 'rakan kongsi' Husam Kambing dan Nik Aziz juga terlibat sekali dalam proses memberi Projek jutaan ringgit kepada Calon Cari Makan ini..hinggakan dengan bangga mengutuk Kontraktor Kelantan lain tak ada 'class'..lihat video dia perlekehkan Kontraktor lain dan bagaimana bongkaknya beliau kata bahawa beliau Kontraktor terbaik d Kelantan..(dia bukan rakyat Kelantan)..klik d SINI

Nik Aziz wajib bersumpah..begitu juga Husam Kambing..bersumpah laknat lah anda berdua BAHAWA ANDA TIDAK TERLIBAT dalam pemberian 'harta' Rakyat Kelantan kepada bukan orang Kelantan !!

Penyokong Pas Kelantan yang juga jenis Cari Makan dengan Kerajaan Pas Kelantan selama ini tidak mengetahui adanya Kontraktor Luar yang kaut jutaan ringgit projek d Kelantan malah mendapat layanan begitu istimewa dari Kerajaan Pas Kelantan hinggakan kawasan Balak yang maha luas juga beliau dapat.

"..patutlah beliau banyak guna jentera kempen dari Pas Kelantan.."- penyokong pakatan rakyat Kuala Besut..

Mungkin Calon Cari Makan ini bakal bertanding d Kelantan pada PRU14 nanti..kita tengok nanti bagaimana Husam caturkan segalanya..Menteri Besar Kelantan yang baru taring hilang entah kemana..

#PRKKualaBesut: Guru Sekolah Pulau Perhentian Agen PAS?

Written By AAKJ on Sunday, July 14, 2013 | 8:30 PM



PULAU Perhentian seperti yang kita semua tahu adalah destinasi popular perlancungan dalam negara kita. Kalau tidak salah, pulau tersebut dinamakan antara 10 pulau tercantik di dunia kerana keindahan pantainya yang menjadi tarikan pelancung untuk datang


Selain dari itu, Pulau Perhentian juga adalah salah satu dari 9 pusat mengundi yang terdapat dalam DUN Kuala Besut. Dengan jumlah pengundi seramai 733 orang, pulau tersebut pasti menjadi sasaran utama kedua-dua parti bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang untuk meraih undi.


Malangnya, tidak ramai tahu bahawa keindahan Pulau Perhentian ini, langsung tidak setanding dengan kualiti pendidikan anak-anak muda pulau tersebut yang rata-rata berada di tahap rendah.


Semua ini dikatakan ada hubung kait dengan sikap guru-guru di satu-satunya sekolah dalam pulau tersebut yang tidak serius dan mengambil mudah dengan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.


Dari rungutan penduduk yang laman ini dengar, kebanyakkan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian ini lebih banyak menghabiskan masa di tanah besar dari menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran anak murid.


Tindakan mereka ini telah menjejaskan kualiti pengajaran kerana anak-anak murid tidak mendapat jumlah masa yang cukup untuk sukatan matapelajaran yang telah ditetapkan. Dikatakan bahawa, proses pengajaran di sekolah terbabit dilakukan dengan pantas oleh guru-guru terbabit, demi untuk mengejar masa untuk berulang alik ke tanah besar.


Terutama pada hari Khamis.


Dakwaan ini disokong oleh keputusan UPSR tahun 2012 Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian yang begitu merosot, malah gagal menyamai pencapaian pada tahun sebelumnya pun (2011) dalam semua matapelajaran.



sumber: http://skpulauperhentian.edublogs.org/page/3/


Walaupun laman ini difahamkan kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina kuarters guru di sekolah terbabit, guru-guru di sekolah tersebut enggan menggunakan kemudahan tersebut dan lebih senang menetap di tanah besar, iaitu di Kuala Besut.


Ada dakwaan yang mengatakan bahawa majoriti dari guru-guru di sekolah Pulau Perhentian ini adalah terdiri dari penyokong parti pembangkang, PAS dan dengan itu menganggap bantuan kerajaan sebagai perkara yang hanya menyusahkan mereka.


Sikap macam ini bukanlah ganjil kerana umum tahu penyokong PAS memang diajar untuk tidak bersyukur dengan kemudahan yang disediakan kerajaan.


Perkara ini sudah banyak dirungutkan masyarakat setempat, tapi kerana hampir semua guru berkenaan di dakwa terlibat dengan 'penyakit' yang sama (termasuk guru besar), aduan ini tidak sampai ke mana.


Justeru, Kementerian Pendidikan perlu memandang serius dan menyiasat keadaan sebenar di Pulau Perhentian ini bagi mengelakkan masa depan anak muda di kawasan ini terabai kerana kurangnya pendidikan formal.


Kalau disahkan berlaku, peluang dalam pilihanraya kecil yang akan datang pada 24 Julai nanti perlulah digunakan kerajaan memerintah untuk memperbaiki kualiti guru di pulau terbabt bagi memastikan BN sentiasa mendapat sokongan rakyat di sana.

#PRKKualaBesut : Guan Eng Dimalukan Bapa Sendiri





Semalam secara rasminya PRK DUN Kuala Besut memasuki fasa berkempen setelah selesai proses penamaan calon yang menyaksikan wakil BN iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman akan menerima tentangan dari PAS yang diwakili Azlan Yusof dalam pertembungan satu lawan satu.

Menariknya penyertaan PAS dalam PRK kali ini berlaku tatkala PAS dan sekutunya dalam PR masih sibuk mencanang propaganda bahawa SPR tidak memiliki kewibawaan kononnya kerana terlibat dalam penipuan serta tidak telus dalam PRU-13.

Bila mana ia berlaku sedemikian, makna kata pucuk pimpinan PAS secara sedar atau sebaliknya masih mengiktiraf kewibawan SPR serta tetap menaruh kepercayaan terhadap kredibiliti dan keberkesanan badan itu dalam mengendalikan proses pilihan raya di negara ini.

Syabas kita ucapkan kepada pemimpin PAS di atas pengiktirafan tersebut dan SPR juga wajar berterima kasih kepada pemimpin PAS kerana membantu membersihkan namanya dari propaganda jahat yang pernah dan sedang dilakukan oleh PR.

Namun begitu kita jangan sesekali lupa, selain dari PAS ada lagi individu lain yang turut berhak menerima penghargaan sedemikian. Orang yang penulis maksudkan ialah Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang merangkap bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kehadiran Kit Siang semalam semasa proses penamaan calon semalam sesungguhnya satu manifestasi keyakinan pemimpin veteran DAP itu terhadap ketelusan proses pilihan raya Malaysia dan ia nyata bercanggah dengan saranan boikot oleh anaknya pada 1 Julai 2013.

Guan Eng menyebut tindakan boikot itu perlu sebagai satu tindakan protes membantah SPR yang didakwa tidak telus dalam menjalankan tanggungjawabnya. Tapi dalam sibuk-sibuk si anak memburukkan SPR boleh bapa kandungnya tampil memberi sokongan untuk PAS untuk menjayakan PRK DUN Kuala Besut yang dikendalikan oleh SPR.

Penjelasan logik untuk meleraikan percanggahan si anak dan bapa ini amat jelas, yakni segala dakwa-dakwi pertikaian terhadap kredibiliti SPR dan persoalan mengenai keputusan PRU-13 hanyalah satu propaganda murahan semata-mata. Jika itu bukan jawapannya, maka sah sudah Guan Eng sengaja dimalukan oleh bapa sendiri.

PRKKualaBesut : Pas Habis Modal – Idris Jusoh



Seperti telah kehabisan modal, Pas cuba mencipta isu kononnya berlaku perselisihan faham antara Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dengan Timbalan Pengarah PRK DUN Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Bertujuan untuk melemahkan jentera parti isu ini telah dijadikan modal kempen di pilihan raya kecil Kuala Besut (PRK Kuala Besut).

Idris yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Besut, ketika diminta mengulas mengenai isu yang dibangkitkan itu, menafikannya sekali gus menegaskan ia hanyalah isu yang sengaja dicipta oleh pakatan pembangkang.

Menurut Idris, pemimpin Pas itu sudah kekeringan modal apabila terpaksa memainkan isu berkenaan selepas gagal mengetengahkan calon terbaik kepada rakyat di Kuala Besut.

“Dia (Pas) memang kena buat isu, tak ada masalah. Kita (beliau dan Ahmad Said) boleh bekerja bersama-sama. Bila tak ada modal, dia carilah modal. Calon dia pun tak larat, parti pun tak larat. Dia cucuk kita. Dia cucuklah, biasalah,” katanya.

Naib Presiden Pas, Husam Musa sebelum ini mendakwa ‘pertembungan’ dan perbezaan pendapat antara Idris dan Ahmad Said akan dapat membantu kemenangan Pas di PRK Kuala Besut.

Menurut Husam lagi, kemenangan PAS di Kuala Besut secara tidak langsung merupakan kejayaan bagi pihak Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Idris turut menjelaskan isu pertembungan itu sengaja dicipta oleh Pas sambil menegaskan perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam politik.

“Perbezaan pendapat itu biasa, tetapi tidaklah sehingga menimbulkan masalah dan menganggu jentera parti. Kami berbuka bersama, bersolat terawih bersama dan pada sebelah malam sempat juga meluangkan masa untuk minum teh tarik sambil berbincang” tegasnya lagi.

Ketika ditanya mengenai peluang untuk calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK Kuala Besut ini, Idris melahirkan keyakinan mampu mengulangi kecemerlangan sekaligus mempertahankan kemenangan yang diperoleh oleh BN/Umno dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Kita bukan sahaja akan menang (dalam pilihan raya kecil ini), tetapi kita akan menang besar” katanya

#PRKKualaBesut : Mustafa Ali Cuba Tegakkan Benang Basah


Calon yang dikemukakan parti PAS iaitu Azlan @ Endut Yusuf dalam PRK Dun Kuala Besut memang silap besar apabila bermain kata-kata dengan mengeluarkan kenyataan bahawasanya beliau akan menggaji orang lain untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat sekiranya menang nanti.

Azlan mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan mahu memberikan perhatian penuh kepada perniagaannya di Kelantan sekarang ini.

“Saya akan keluar sikit-sikit untuk berniaga, saya ada banyak kerja sekarang. Satunya, saya ada trading…di Kota Bharu itu…izinlah saya untuk kerja. Kalau saya keluar kerja pun, kerja yang saya perlu uruskan sebagai tok wakil (wakil rakyat) akan diteruskan oleh orang lain. Saya akan gaji dia, saya akan buat kerja saya, saya akan berceramah,” katanya dalam klip video yang disiarkan di portal terengganutoday.com.

Dalam isu ini, umum sudah pun melihat Azlan tidak bersungguh-sungguh untuk menjadi wakil rakyat yang bersedia menggalas tanggungjawab atau pun, memang tak mahu langsung.

Mana tidaknya, baru masuk dua hari berkempen, Azlan sudah pun mahu permintaannya dihormati oleh semua pihak lebih-lebih lagi parti PAS sendiri. Apatah lagi meletakkan kepentingan dirinya lebih dari keperluan rakyat.

Ini juga adalah silap besar yang telah dilakukan oleh PAS bila mana memilih calon yang bukan mampu memberikan kelebihan kepada parti.

Dalam kekecohan ini, mulalah pemimpin tertingi PAS mencuba membela calon mereka ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan Azlan mahu menggaji wakil rakyat lain supaya beliau dapat meneruskan perniagaannya.

Beliau juga menafikan Azlan enggan melakukan tugasan dan kerjanya. Katanya, apa yang dimaksudkan oleh Azlan adalah calon itu tidak mahu menerima gaji sebagai wakil rakyat memandangkan gaji itu bolehlah digunakan untuk rakyat.

Ini kenyataan dalam cubaan pertahankan Azlan: “Tidak. Tidak betul begitu (itu bukan maksudnya). Apa yang disebut di depan saya dan saya ada. Maknanya soal gaji wakil rakyat tidak penting baginya. Gajinya boleh dimanfaatkan kepada rakyat.”

Kebenarannya, cubaan Mustafa mempertahankan kenyataan Azlan adalah suatu tindakan yang tidak masuk akal kerana kenyataan yang dibuat oleh Azlan adalah jelas dan nyata. Tidak langsung berselindung.

Ini kerana, Azlan berkata ‘Kalau saya keluar kerja pun, kerja yang saya perlu uruskan sebagai tok wakil (wakil rakyat) akan diteruskan oleh orang lain. Saya akan gaji dia…’

Bukannya mengatakan tidak mahu gaji yang diberikan sebagai wakil rakyat dan gaji itu patut disalurkan untuk kegunaan rakyat. Mustafa dilihat cuba memutar kenyataan Azlan supaya calon PAS itu dilihat tidak salah berkata-kata.

Disaat-saat akhir juga, PAS masih lagi menunjukkan satu sisi yang menampakkan mereka tidak mampu untuk mengetengahkan calon yang layak untuk mentadbir Kuala Besut.

Ia juga akan menjadi satu kerugian yang besar khususnya kepada rakyat jika memilih Azlan sebagai pemimpin kerana beliau tidak mampu memberikan komitmen penuh terhadap tugas-tugas wajib selain berceramah sekali gus memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan kawasan terjamin.

#PRKKualaBesut : Serang Calon BN Dakwa Bukan Anak Tempatan

Written By AAKJ on Saturday, July 13, 2013 | 6:00 PM

Datuk Mustafa Ali
PAS memulakan kempen hari pertama dengan mempertikaikan pemilihan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang didakwa bukan anak tempatan.
Malah serangan peribadi terhadap Tengku Zaihan juga membabitkan dakwaan kononnya pemilihannya sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
“Calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat. Ada yang kata beliau tidak dilahirkan dan dibesarkan di sini…cuma keluarganya ada di sini.
“Mengikut sumber juga calon BN ini bukan kehendak masyarakat setempat. Tetapi beliau didatangkan dari pilihan orang Putrajaya,” katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Baharu di sini, Sabtu.
Menurut Mustafa, berbanding wakil PAS, Endut @ Azlan Yusor, beliau merupakan calon akar umbi yang menjadi pilihan masyarakat setempat di Kuala Besut.
“Azlan tak pernah pun bercita-cita nak jadi calon pilihan raya. Tapi memandangkan beliau mempunyai kriteria ‘calon rakyat’, maka kita beri kepercayaan kepadanya,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Tengku Zaihan merupakan anak kelahiran Kuala Besut dan pernah berkhidmat sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum dipindahkan ke Putrajaya. – mStar Online

#PRKKualaBesut : Calon PAS Terbongkar Ketidaksediaan Memikul Tugas



Baru beberapa hari lepas, semasa namanya dicalonkan, Azlan Jusuh yang keahliannya dalam UMNO mahupun PAS masih diragui, telah dipaksa berbaiah, bersumpah setia di hadapan ahli-ahli dan pemimpin PAS yang hadir di Kuala Besut.

Kalau dengar baiahnya, memang seolah-olah yakin sangatlah dia dengan perjuangan PAS itu setaraf dengan perjuangan Islam, bahkan itulah perjuangan Islam yang sebenar-benarnya.

“Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.”

Hebat!

Menangis berguling-guling para penyokong PAS sambil menyatakan itulah keberanian calon PAS agar sentiasa berada di landasan Islam yang sebenar-benarnya.

Namun itu semua hanyalah penipuan semata-mata. Mereka bertaqlid. Mereka mudah bernazar. Mereka mudah bersumpah dan mereka juga mudah melaknat tetapi semuanya membenarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Diriwayatkan dari Samurah bin Jundub r.a, ia berkata, Rasulullah saw. pernah bersabda, ”Janganlah kalian suka melaknat dengan laknat Allah, dengan kemurkaan-Nya, dan dengan neraka,” (Hasan, HR Abu Dawud

Seorang yang mencari-cari tanggungjawab dan mahu dipilih sebagai pemimpin sahaja sebenarnya sudah menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w. Tetapi jumhur ulama membenarkan perlakuan berkenaan atas perkara ‘keperluan ummat masakini’.

Namun hukum laknat, tetap berjalan terus dan tidak pernah bertukar sekalipun ayat-ayat yang digunakan untuk melakukan perlaknatan sudah dicanggihkan.

Azlan Jusuh setelah melafazkan sumpah melaknat diri sekiranya dia meninggalkan atau keluar dari PAS, langsung tidak tahu bahawa dosa dan kesalahan sebenar seorang manusia yang meminta-minta tanggungjawab tetapi kemudian melalaikan tanggungjawab tersebut kerana alasannya, SIBUK DENGAN PERKARA LAIN, adalah jauh lebih besar berbanding ‘dosa’ dia keluar atau meninggalkan PAS.

Takkanlah perkara yang melibatkan KECURANGAN, TIDAK AMANAH dan TIDAK JUJUR dalam tugas, tidak diajarkan kepimpinan PAS kepada Azlan Jusuh? Adakah dengan menyatakan bahawa kononnya dia akan menyerahkan semua gaji, elaun dan upah sebagai wakil rakyat kepada ‘rakyat’, maka itu sudah menghalalkan perbuatannya meninggalkan tanggungjawab selaku pemimpin apabila dia dipilih sebagai wakil rakyat DUN Kuala Besut?

Apa ke gilanya Azlan Jusuh bercakap tentang perniagaannya sambil menagih agar dia dijadikan wakil rakyat? Apa ke gilanya Azlan Jusuh berlagak yang dia sanggup menggajikan dan mengupah orang lain untuk menjalankan tugasnya selaku wakil rakyat kerana dia terlalu sibuk berniaga di Kota Bharu?

Ada semacam kegilaan atau kemaruk isim di kalangan puak-puak PAS. Mereka sanggup bersumpah bagi mendapatkan pengaruh dan undian tetapi pada masa yang sama, mereka sebenarnya tidak peduli pun dengan sumpah yang telah dibuat.

Dek kerana itulah, kita sering melihat hampir kesemua wakil-wakil rakyat PAS, telah ‘mengharamkan’ muka dan batang tubuh mereka dari kawasan yang membolehkan mereka menjadi wakil rakyat dan pemimpin. Sebaliknya mereka lebih sibuk berada di luar kawasan dan di tempat orang sambil mendendangkan cerita serta dongengan tentang perlunya PAS dipilih sebagai parti berkuasa.

Kalau inilah orangnya dan partinya yang diberikan peluang serta kuasa oleh umat Islam, bermakna, tersangat mudahlah umat Islam ditipu hanya kerana janggut sejemput, ketayap sebesar penumbuk dan parti berjenama Islam.

Sedangkan hakikatnya, mereka telah pun diperdayakan oleh golongan munafiq yang sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta mempermain-mainkan nama Allah Taala hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa

#PRKKualaBesut: Gambar Sekitar Kempen Di Pulau Perhentian


#PRKKualaBesut : Pas Kawasan Dan Negeri Boikot PRK Kuala Besut???



Seperti ada sesuatu yang tidak kena, pilihanraya kecil Kuala Besut (PRK Kuala Besut) yang diadakan pada kali ini tidak menampakkan kemeriahan seperti kebiasaannya. Ini kerana, Pas (antara salah satu parti yang akan bertanding) dilihat lesu dan tidak begitu agresif dengan kempen dan para petugas jentera bagi menghadapi Barisan Nasional (Umno).

Hasil pemantauan yang dijalankan pada malam tadi (sehingga jam 12 tengah malam) masih lagi tiada sebarang ceramah yang diadakan malah bendera-bendera parti itu juga sukar kelihatan berbanding jentera BN yang telah mula sibuk dengan bahan-bahan kempen dan sebagainya.

Sekitar kawasan di Kuala Besut juga menyaksikan, seolah-olah PRK pada kali ini hanya akan ditandingi oleh calon tunggal dari BN/Umno. Mungkin ada yang mengatakan Pas akur dengan arahan dan peraturan dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menetapkan agar mana-mana parti yang ingin bertanding hanya boleh memulakan kempen selepas proses penamaan calon dijalankan.

Atau mungkin juga ada yang cuba menjadikan bulan Ramadhan sebagai alasan kepada persoalan yang dibangkitkan tadi. Namun apa pun alasan yang digunakan ia hanya akan menimbulkan tanda tanya dan membangkitkan pelbagai persoalan. Ini kerana parti yang terkenal dengan sikap agresif itu jarang menunjukkan sikap seolah-olah tidak berminat bagi menewaskan BN/Umno dalam mana-mana pilihanraya baik yang umum mahupun yang kecil.

Sebagai contoh, beberapa siri PRK yang dijalankan sebelum ini, telah membuktikan bagaimana parti itu mula mengerakkan jentera kempen sebaik sahaja SPR mengumumkan ada kekosongan kerusi. Malah mereka juga akan mula mengadakan ceramah hampir setiap malam, di kawasan yang terlibat dengan PRK dan mula mengerakkan jentera untuk memasang bendera, poster dan sebagainya.

Jadi persoalannya, mengapakah itu tidak terjadi di Kuala Besut? Ini kerana, hasil tinjauan dan maklumat yang diperolehi, rata-rata penyokong dan ahli parti itu sebenarnya tidak beberapa setuju dengan keputusan Pas pusat meletakkan Azlan Jusof sebagai calon parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengumumkan akan meletakan Azlan yang juga merupakan seorang ahli perniagaan untuk berdepan dengan calon dari Barisan Nasional (BN). Azlan yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Che Long’ oleh penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor yang juga pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah ini.

Selain mengetepikan calon yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Pas Terengganu, pemilihan Che Long juga dikatakan hasil lobi yang dilakukan Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa sehingga mengetepikan keputusan yang telah dibuat sebelum ini. Pas negeri merasakan ada calon yang lebih layak diketenggahkan berbanding Che Long.

Oleh yang demikian sebagai tanda bantahan, semua jentera parti di kawasan Kuala Besut telah diarahkan untuk memboikot gerak kerja kempen. Walaupun apapun sebabnya, ia merupakan satu kelebihan buat BN/Umno. Malah kemelut dalaman yang sedang menimpa parti yang kononnya memperjuangan Islam itu seharusnya menguatkan lagi azam dan semangat semua jentera untuk terus memastikan kerusi DUN Kuala Besut tetap dimenangi oleh calon dari BN/Umno.

PRK Kuala Besut : Kemenangan BN Di Kuala Besut Penting Untuk Kestabilan Terengganu - Muhyiddin

Written By AAKJ on Friday, July 12, 2013 | 11:00 PM


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peranan dan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut penting untuk kestabilan pentadbiran dan pembangunan Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi memastikan keadaan stabil dikekalkan, BN mempertaruhkan calon Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, kerana yakin ketokohan dan latar belakang yang dimiliki jurutera itu mampu menarik sokongan pengundi untuk kekal memilih BN sebagaimana pilihan raya umum yang lalu.

"Peranan calon penting kerana DUN Terengganu kini tidak menentu tetapi saya harap selepas 24 Julai politik di negeri ini kembali dan kekal stabil di bawah BN.

"Saya punyai penuh keyakinan berdasarkan ketokohan, kelulusan, pengalaman dan latar belakang calon dan keluarganya BN mampu mendapat sokongan," katanya pada sidang media selepas tamat proses pencalonan di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut di sini Jumaat.

Hadir sama calon BN Tengku Zaihan dan Timbalan Pengarah Pilihan raya BN bagi pilihan raya itu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Muhyiddin, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Kuala Besut mengulangi keyakinan yang BN mampu mengekalkan kerusi itu dengan pertambahan majoriti kerana berdasarkan laporan yang diterima, tiada isu besar yang perlu ditangani kerana kebanyakannya telah diselesaikan pada PRU13 lepas.

Pada PRU13, BN menerusi calonnya, Dr A.Rahman Mokhtar menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Beliau meninggal dunia pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Timbalan perdana menteri berkata pemilihan Tengku Zaihan bukan sahaja mampu meneruskan kecemerlangan pembangunan yang dibawa Allahyarham, malah calon muda itu dilihat mampu membawa suara dan inspirasi generasi muda di Kuala Besut ke peringkat sepatutnya.

"Isu berhubung kait dengan soal pertanian dan perikanan juga telah diambil kira, namun apa-apa isu berbangkit berhubung perkara itu akan ditangani semasa tempoh berkempen.

"Dengan terpilihnya Tengku Zaihan nanti, masalah tersebut akan dapat dilihat dengan lebih dekat," katanya.

Berhubung kempen, Muhyiddin berkata gerak kerja BN akan disesuaikan dengan bulan Ramadan, namun cara berhemah yang bakal,dipraktikkan itu, tetap berkesan kepada pengundi.

Beliau berkata Kuala Besut dan Besut secara amnya bukanlah kawasan yang asing bagi BN kerana pemimpin dan wakil rakyatnya telah lama bertapak di situ dan sudah tentu masyarakat setempat tahu apa yang boleh wakil BN tawarkan.

Pembangunan infrastruktur, fizikal dan syiar Islam yang dibawa pemimpin BN ke kawasan itu jelas menunjukkan BN mendapat sokongan lebih baik daripada masyarakat setempat.

Ditanya apakah BN bimbang dengan slogan 16-16, yang merujuk kedudukan DUN Terengganu sekiranya PAS menang pada pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata beliau tidak mahu membuat jangkaan kepada perkara yang belum tentu terjadi.

"Saya tak fikir kita perlu pergi melangkaui sempadan, dengan membuat andaian-andaian yang tidak tentu berlaku. Lebih baik tumpu pada proses pilihan raya, selesaikan dan Insya-Allah kita akan dapat mengatasi segalanya.

"Saya juga tak mahu komen pasal parti lawan, yang saya tahu saya nak jual produk saya, produk kita ialah Tengku Zaihan, calon berkaliber, ada kelulusan, anak seorang ustaz, profesional dan orang muda dan saya fikir pengundi Kuala Besut bijak untuk menimbang apa yang perlu mereka lakukan," katanya.

Muhyiddin kemudian meluangkan masa melawat bekas senator dan bekas Ketua Wanita Umno Terengganu, Wan Ramlah Ahmad, 67, yang menghidap masalah darah tinggi di Kampung Paya Rawa, kira-kira 200 meter dari tempat penamaan calon.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Tengku Zaihan dengan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

-- BERNAMA

PRK Kuala Besut : Mungkinkah Ini Sebabnya Che Long Diminta Lafaz Baiah?




Bagi sebahagian besar penyokong PAS di Besut, nama Azlan @ Endut Yusoh atau lebih dikenali sebagai Che Long sememangnya tidak asing bagi mereka apatah lagi sejak bertahun-tahun lalu individu itulah yang menjadi penyumbang kewangan utama untuk PAS Kawasan Besut.

Namun bila mana Azlan diangkat sebagai calon PAS untuk menentang BN dalam PRK DUN Kuala Besut, wujud keadaan berbelah bahagi apabila timbul keraguan dikalangan sesetengah penyokong parti itu bersabit sejauh mana kesetiaan Bendahari PAS Kawasan Besut kepada parti.

Menurut sumber, keraguan itu mula berputik selepas tersebar maklumat yang mengatakan calon PAS itu pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO peringkat cawangan yang kemudian secara senyap menyertai PAS kerana kekecewaan peribadi.

Walaupun belum ada kepastian mengenainya, namun ia cukup untuk menjejaskan kewibawaan calon PAS itu dikalangan penyokong bawahan yang selama ini sering curiga dengan pemimpin PAS atau dari parti sepakatan yang pernah bersama-sama UMNO.

Pengalaman lalu sewaktu kerjasama PAS dengan Parti Negara, PMS46 dan PKR telah mengajar penyokong PAS betapa nilai kesetiaan bekas pemimpin UMNO yang kecewa ini pada parti biasanya lebih rapuh dari sebatang lidi.

Kesan dari wujudnya keraguan itu memang jelas kelihatan apabila pergerakan jentera PAS di sekitar Kuala Besut agak sunyi berbanding PRU 13 atau PRK lain sebelumnya. Ketara perbezaannya seperti masing-masing kurang bersemangat.

PAS agaknya sedar, seandainya persepsi dan kecurigaan sedemikian terus berkembang biak dikalangan penyokong bawahan, dikhuatiri buruk akibatnya dan boleh menjejaskan undi PAS dalam PRK DUN Kuala Besut.

Bila itu berlaku, alamatnya kempunanlah PAS untuk memberi saingan sengit apatah lagi merealisasikan teori 16-16 yang cuba digembar-gemburkan sejak seminggu lalu.

Mungkin menyedari hakikat itulah PAS kemudiannya meminta Azlan melafazkan baiah taat setia pada parti secara terbuka di depan penyokong PAS, dengan harapan ia mampu menguatkan semula sokongan dalam mendepani kekuatan BN.

Tapi, betulkah tindakan tersebut? Pada hemat penulis, ia tidak pun membantu memulihkan semula keyakinan penyokong PAS terhadap Azlan sebaliknya manambah kecelaruan menyebabkan lebih ramai ahli dan penyokong PAS makin meragui kewibawaan Azlan.

PRK Kuala Besut : PAS Tak Mengaku Syiah Tapi Baiah Yang Dibuat Calonnya, Baiah Golongan Syiah



Akhirnya PAS menjelmakan sesuatu yang selama ini mereka seringkali nafikan dan menuduh UMNO melakukan fitnah iaitu BAIAH lompat parti. Penzahiran tersebut dilakukan di Kuala Besut, tempat yang akan memperlagakan UMNO dan PAS di gelanggang yang dikenali sebagai PILIHANRAYA KECIL.

Apabila pendedahan dibuat bahawa PAS sebenarnya terlalu takut ahli-ahlinya berpaling tadah, lantas memaksa calon-calon wakil rakyat mereka berbaiah dan menggunakan ancaman laknat daripada Allah Taala, Rasulullah s.a.w dan umat Islam sedunia, perkara pertama yang mereka lakukan adalah membuat penafian.

UMNO dipersalahkan. Kononnya UMNO buat fitnah. Kononnya UMNO sengaja mereka-reka cerita untuk mengaitkan PAS dengan Syiah.

“Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.”

Itu baiah yang tidak bersalahan dengan syariat.

“Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.”

Ini adalah baiah atau sumpah yang sama sekali bersalahan dengan syariat dan ajaran Islam. Baiah ini lebih banyak digunakan oleh masyarakat Syiah yang amat takut sekiranya rahsia kebobrokan dan kejalangan ajaran mereka, dipecahkan kepada masyarakat umum.

Dan dek kerana itulah, mereka sentiasa bertaqiyyah untuk mengelakkan rahsia mereka terbocor. Ketakutan tersebut berlebih-lebihan lagi terhadap golongan yang berkuasa dalam puak mereka, sehinggakan perlu ditakutkan dengan laknat ke atas diri sendiri.

Diriwayatkan dari Tsabit bin Dhahak r.a, dari Rasulullah saw., beliau bersabda, “Tidak boleh seorangpun bernadzar atas sesuatu yang tidak dimilikinya. Melaknat seorang mukmin seperti membunuhnya. Barangsiapa membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia maka ia akan diadzab pada hari kiamat. Barangsiapa membuat pengakuan dusta untuk memperbanyak harta maka Allah tidak akan menambah hartanya melainkan akan bertambah sedikit. Demikian pula yang memaksakan diri bersumpah palsu dan dusta untuk melariskan dagangannya,” (HR Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan dari Samurah bin Jundub r.a, ia berkata, Rasulullah saw. pernah bersabda, ”Janganlah kalian suka melaknat dengan laknat Allah, dengan kemurkaan-Nya, dan dengan neraka,” (Hasan, HR Abu Dawud).

Hanya kerana kuasa dan harga, maka ucapan laknat itu dituturkan, sekaligus menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w.

Mengapa agaknya bahaya bersumpah laknat seperti ini tidak dinyatakan oleh PAS sebaliknya muhabalah yang disyariatkan seperti yang terkandung dalam Ayat 59-61, diputarbelit pula sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Islam?

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang kepada sumpah dan baiah yang dilafazkan oleh calon PAS untuk DUN Kuala Besut, Azlan Jusoh? Bagaimana agaknya elemen Syiah itu boleh dipraktikkan di dalam PAS, sedangkan PAS sebelum ini bukan main lagi berlagak kononnya, ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin PAS yang pro-Syiah akan dihalau keluar dari parti tersebut?

Apakah dalam hal ini pun, PAS masih hendak bertaqiyyah sekalipun Allah Taala telah menelanjangkan amalan dan kerosakan Syiah yang telah menjadi dasar dan tiang seri parti berkenaan menerusi sumpah baiah yang dilakukan oleh Azlan Jusoh di khalayak ramai dalam usaha PAS untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan para pengundi?

Dan yang paling penting, masakan cerdik pandai agama dalam PAS langsung tidak tahu bahawa perbuatan bersumpah palsu seperti itu hanya semata-mata untuk meraih undi dan kuasa, merupakan sesuatu yang dilarang keras dan haram hukumnya dalam Islam?

Masakan sebuah parti yang kononnya lebih Islam daripada orang lain yang tidak menyertai PAS, langsung tidak tahu hukum-hakam dan melanggar sesuka-suka hati?

PRK Kuala Besut : Perlumbaan Merebut Kerusi DUN Kuala Besut Bermula




Seperti diketahui umum, pada hari ini proses penamaan calon untuk PRK DUN Kuala Besut akan berlangsung, dan calon yang disahkan layak bertanding kelak akan mengetahui untung rugi nasib masing-masing pada 24 Julai 2013 nanti.

Setakat ini yang sudah pasti bertanding atas logo BN ialah Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman seorang jurutera berwibawa yang akan membawa bersamanya obor kejayaan PRU-13 dengan segunung keyakinan untuk menambah majoriti kemenangan.

Sementara PAS yang selama hampir dua bulan lalu enggan memperakui ketelusan sistem pilihan raya kendalian SPR pula akan mempertaruhkan seorang kontaktor kelas A iaitu Azlan Yusof dalam percubaan parti itu merampas DUN Kuala Besut.

Selain kedua-duanya itu, ada ura-ura calon Bebas akan muncul jika diambil kira dari gelodak ketidakpuasan hati penyokong PAS yang meragui kesetiaan Azlan yang lebih dikenali sebagai Che Long, kemungkinan ini tidak dapat ditolak.

Riak ke arah itu ada jika diimbas pada pencalonan Che Long itu sendiri kurang diyakini oleh pimpinan utama PAS Pusat yang akhirnya membawa kepada berlakunya lafaz baiah taat pada parti yang pertama kali diadakan secara terbuka.

Keraguan yang timbul itu tidak sedikit kesannya dalam memporakperandakan kepercayaan penyokong PAS terhadap calon mereka meski pun majlis lafaz baiah sudah selesai dilaksanakan beberapa hari lepas.

Selain itu, wujud juga kebarangkalian kehadiran calon dari PKR atau proksinya jika diambil kira kesungguhan PKR Terengganu sebelum ini yang mahu meletakkan calon parti itu sebelum ini.

Pun begitu, soal berapa calon yang akan bertanding, rasanya itu bukan satu persoalan besar kerana fokus seluruh negara akan hanya tertumpu pada calon BN dan PAS, kalau pun wujud calon Bebas ia hanya menambah kemeriahan serta mungkin sekadar bertindak sebagai pengacau undi sahaja.

Yang pastinya sebaik sahaja SPR mengumumkan senarai rasmi calon yang layak bertanding dalam PRK DUN Kuala Besut, secara automatik bermulalah perlumbaan sengit di mana masing-masing akan berusaha menambat hati pengundi.

Siapa sahaja yang menang atau kalah, wajarlah keputusannya diterima seadanya sebagai sebahagian proses demokrasi dan bukti kematangan semua pihak.

Jika tidak yakin dengan ketelusan proses pengundian kendalian SPR, lebih baik jangan serahkan borang pencalonan, tak gitu.

PRK Kuala Besut: Dua Anak Tempatan Bersaing Rebut Tanggungjawab Jaga Rakyat

Written By AAKJ on Thursday, July 11, 2013 | 7:00 PM


Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menjadi lebih istimewa kerana pertembungan calon yang melibatkan dua anak tempatan yang berpengalaman memberikan khidmat kepada masyarakat di Kuala Besut.

Barisan Nasional (BN) memilih Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, iaitu jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, yang sebelum itu pernah berkhidmat selama lima tahun di JPS Daerah Besut.

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut itu mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat setelah menyertai JPS 15 tahun lalu dengan menjawat jawatan jurutera daerah.

Pengalaman itu menjadikan anak kepada veteran Umno Besut itu sudah biasa berhadapan dengan masalah masyarakat khasnya penduduk kampung dan pengundi di Kuala Besut.

Ini merupakan kali pertama beliau dipilih bertanding di kawasan DUN, sekaligus menjadikan Tengku Zaihan sebagai muka baharu yang diberi mandat oleh kepimpinan Umno.

Tengku Zaihan, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) dikatakan mempunyai ciri pemimpin berwibawa dan banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan Kuala Besut ketika berkhidmat sebagai jurutera JPS daerah itu.

Menyifatkan dirinya sebagai orang biasa di sebalik pangkal namanya yang bermula dengan Tengku, anggota Umno Cawangan Seri Seratus itu ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon menyatakan tekad untuk meneruskan tugas yang ditinggalkan bekas wakil rakyat, selain membalas budi pimpinan parti kerana memilihnya.

"Pemilihan ini merupakan satu amanah, satu tanggungjawab, satu keyakinan yang diberi pucuk pimpinan untuk membolehkan saya mencurahkan khidmat kepada penduduk kampung sendiri," katanya.

PAS pula mempertaruhkan ahli perniagaan Azlan Yusuf, 48, yang juga bendahari parti itu di Besut, sebagai calonnya yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long dalam kalangan masyarakat setempat.

Anak tempatan Kuala Besut yang menetap di Kampung Baru di sini itu merupakan calon muka baharu taruhan PAS selepas parti itu gagal menumbangkan BN menerusi calon wanita pada pilihan raya umum lepas.

Pemilihan Azlan, yang banyak menghabiskan masa menguruskan perniagaannya di beberapa kawasan di daerah Besut dan di Kelantan dilihat satu percubaan berani PAS dalam pendekatannya kerana sebelum ini parti itu diuar-uarkan akan meletakkan calon yang berlatarbelakangkan agama.

Walaupun berbeza parti, dua calon itu dilihat meletakkan hala tuju sama dalam pendekatan berkempen iaitu secara sederhana dan berhemah menerusi program keagamaan di surau dan masjid dalam mendekati pengundi.

Program seperti berbuka puasa bersama penduduk dan tazkirah dilihat menjadi pilihan utama kedua-dua parti untuk disesuaikan dengan bulan Ramadan.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan Jumaat ini sebagai hari penamaan calon.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125 manakala selebihnya pengundi lain-lain bangsa.

Pada pilihan raya yang cukup signifikan itu, BN menetapkan Slogan 'Kuala Besut bertambah Biru' untuk kempen manakala PAS tampil dengan moto '16-16', merujuk kepada kedudukan kerusi DUN Terengganu andai PAS berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil berkenaan.

Selepas pilihan raya umum Mei lepas, Terengganu kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada PAS dan satu wakil PKR.

Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi, kebanyakan terdiri daripada golongan nelayan.

-- BERNAMA

PRK Kuala Besut : Penamaan Calon Mungkin Selesai Sebelum 11 Pagi

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka proses penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Jumaat ini, akan selesai selewat-lewatnya jam 11 pagi.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses penyerahan kertas penamaan calon akan dibuka selama sejam bermula 9 pagi di Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja Besut di sini.
“Kalau semuanya berjalan lancar, nama-nama calon dijangka diisytiharkan menjelang pukul 10.30 pagi atau paling lewat jam 11 pagi,” katanya kepada Bernama semalam.
SPR menetapkan Jumaat ini hari penamaan calon manakala 24 Julai ini sebagai hari pengundian.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
BN mengumumkan anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera awam dari Jabatan Pengairan dan Saliran, sebagai calonnya manakala PAS menamakan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor sebagai calonnya.
Abdul Aziz berkata proses penamaan calon itu tidak akan mengganggu urusan umat Islam setempat dan penyokong parti untuk mengerjakan solat Jumaat.
Beliau berharap kemuliaan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari menyempurnakan kelancaran proses penamaan calon itu.
“Penamaan calon ini adalah langkah pertama PRK ini, kita (SPR) harap semuanya akan berjalan lancar lebih-lebih lagi hari Jumaat adalah cuti umum di Terengganu,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. – BERNAMA

Kekuatan Latar Belakang Calon BN Pikat Pengundi

Datuk Seri Idris Jusoh
Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memiliki kekuatan latar belakang yang menjadi pilihan pengundi Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Timbalan Pengarah BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berkata Tengku Zaihan bukan sahaja masih muda malah datang daripada keluarga berlatar belakangkan agama serta merupakan seorang profesional.
Ketua Umno Besut itu berkeyakinan Tengku Zaihan yang juga bekas jurutera Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) daerah Besut dan di Putrajaya akan menjadi pemimpin yang mampu berkhidmat dan menyumbang idea berkesan ke arah pembangunan.
“Zaihan adalah tokoh yang berpotensi sebagai seorang pemimpin masa depan yang diperlukan Umno. Beliau memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu kreatif, innovatif dan mempunyai pemikiraan maju ke hadapan bagi membangunkan Kuala Besut,” katanya ketika bertemu rakan bloggers di sini malam tadi.
Bagi membantu kempen calon itu nanti, Idris berkata BN akan berkempen secara berhemah bagi memperkenalkan calon kepada pengundi.
Idris berkata Tengku Zaihan, yang berkahwin dengan seorang guru Siti Salbiah Othman, 34, dan dikurniakan empat cahaya mata, itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana beliau dilihat mudah bergaul dan disenangi semua golongan, baik golongan tua mahupun remaja di Kuala Besut.
Malah, Idris menyifatkan dalam bidang kerjayanya, Tengku Zaihan merupakan kakitangan kerajaan yang cemerlang apabila beliau pernah menerima beberapa penghargaan antaranya Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan pada 2006 dan 2011 dan Anugerah Pencetus Idea (2010).
Tengku Zaihan yang memegang jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Bahagian Korporat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah anak kepada seorang guru agama yang disegani, Ustaz Che Ku Abd Rahman. – BERNAMA

Pembunuh Upahan Bunuh Guru Di KB?

Written By AAKJ on Tuesday, July 9, 2013 | 7:30 PM

Suspek Kes Tembak Mungkin Pembunuh Ipahan
KOTA BHARU – Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor yang ditembak semalam melibatkan  pembunuh upahan, serta bermotifkan dendam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis sedang mengumpul maklumat berkaitan kejadian tersebut kerana mangsa difahamkan terlibat dalam perniagaan.
“Setakat ini maklumat yang kita terima ‘hearsay’ sahaja. Maklumat kata mangsa adalah seorang peniaga, tak bayar hutang, berjanji dengan orang tak betul, mungkin orang yang tertipu rasa marah. Langkah terbaik bila dia sakit hati, upah orang untuk tembak mangsa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Jalaluddin berkata polis sukar mendapatkan saksi kes kerana masyarakat bimbang keselamatan diri terancam.
“Sama seperti beberapa kes-kes samun yang terjadi, kita tak pernah terima maklumat daripada masyarakat,” katanya.
Hashim Mat Zain, 43, juga guru muzik, terbunuh selepas terkena tiga das tembakan di bahagian dada dan bahu kanan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu, pukul 1.40 tengah hari semalam. – BERNAMA

Adik Beradik Khunsa Perlu Biaya Pembedahan



PASIR PUTEH – Masa depan dua beradik yang dilahirkan dengan dua jantina atau khunsa masih kabur apabila keluarga mereka agak miskin serta tidak mampu menyediakan kos pembedahan.

Pada asalnya, kedua beradik itu dilahirkan sebagai wanita tapi turut mempunyai alat kelamin lelaki yang menyebabkan pembedahannya menjadi sukar. Selepas Nor Intan Syamimi Mohd Rahim, 5, dilahirkan sedemikian, adiknya, Liahana Dalisya yang berusia 15 hari mengalami nasib sama.

Ibunya, Noraziani Rameli, 30, berkata, kalau dulu dia hanya perlu menampung kos perubatan Nor Intan seorang sahaja, kini kosnya berganda kerana Liahana juga perlu dirujuk sebulan sekali ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Katanya, Nor Intan ada kalanya mengadu sakit kesan ketumbuhan alat kelamin lelaki itu dan masalah sama sudah tentu akan dirasai Liahana tidak lama lagi jika tidak dibedah awal.

“Saya difahamkan pihak HUSM akan menentukan tarikh pembedahan, tempat pembedahan dan kosnya pada 24 Julai nanti, ia cukup merimaskan kerana saya tidak mempunyai wang untuk semua itu.

“Ketika ini saya masih berhutang dengan HUSM sebanyak RM700 itu pun tidak terbayar dan ditambah pula dengan kos pembedahan nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Tambak, Tasek Pauh, Selising dekat sini, semalam.

Noraziani ibu kepada lima anak itu berkata, suaminya, Mohd Rahim Yusof, 40, hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan rendah serta tidak menentu.

“Saya sudah mengemukakan masalah ini kepada pemimpin setempat untuk dipanjangkan kepada wakil rakyat tapi sehingga kini belum mendapat maklum balas,” katanya.

Keluarga itu bernasib baik kerana dapat mendiami rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak tiga tahun lalu, sebelum ini mereka terpaksa menyewa rumah.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga ini boleh menghubungi Noraziani di talian 0139715272. Kes bayi dilahirkan mempunyai dua jantina dipanggil sebagai intersex dan dalam kebanyakan kes, proses mengenal pasti jantina sebenar bayi agak rumit.

Sebagai ibu, Noraziani yakin kedua anaknya perempuan dan hanya mengalami kecacatan yang mendatangkan kesakitan kerana turut mempunyai alat kelamin lelaki.

“Alat kelamin lelaki pada kedua anak saya tidak sempurna sebagaimana alat kelamin perempuan, saya yakin mereka perempuan, sebab itulah saya menamakan mereka dengan nama perempuan,” katanya.

Ketika baru dilahirkan katanya, kedua anaknya itu berkulit agak gelap tidak seperti anaknya yang lain.

“Saya agak risau keadaan itu kekal, syukurlah kulit mereka beransur cerah apabila membesar, bagaimanapun saya sedia menerima ketentuan takdir.

“Saya menganggap semua ini sebagai dugaan ALLAH, saya berharap ada pihak yang sudi membantu kami yang hanya mampu berdoa agar kedua anak saya ini dapat menjalani pembedahan,” katanya.

Noraziani berkata, dia menyedari Nor Intan malu serta ada kalanya tidak mahu keluar rumah untuk bermain kerana diejek kawan-kawan. – Sinar Harian

Tengku Zaihan Calon BN Kuala Besut

Ketua 

Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut sorakan kira-kira 3,000 penyokong BN yang hadir.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.

Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.

Tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti.

“Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua,” ujar beliau.

Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘pilihan raya kecil yang besar’.

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut,” katanya yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Seratus.

Tengku Zaihan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger