Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut : Calon PAS Terbongkar Ketidaksediaan Memikul Tugas

#PRKKualaBesut : Calon PAS Terbongkar Ketidaksediaan Memikul Tugas

Written By AAKJ on Saturday, July 13, 2013 | 4:30 PM



Baru beberapa hari lepas, semasa namanya dicalonkan, Azlan Jusuh yang keahliannya dalam UMNO mahupun PAS masih diragui, telah dipaksa berbaiah, bersumpah setia di hadapan ahli-ahli dan pemimpin PAS yang hadir di Kuala Besut.

Kalau dengar baiahnya, memang seolah-olah yakin sangatlah dia dengan perjuangan PAS itu setaraf dengan perjuangan Islam, bahkan itulah perjuangan Islam yang sebenar-benarnya.

“Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.”

Hebat!

Menangis berguling-guling para penyokong PAS sambil menyatakan itulah keberanian calon PAS agar sentiasa berada di landasan Islam yang sebenar-benarnya.

Namun itu semua hanyalah penipuan semata-mata. Mereka bertaqlid. Mereka mudah bernazar. Mereka mudah bersumpah dan mereka juga mudah melaknat tetapi semuanya membenarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Diriwayatkan dari Samurah bin Jundub r.a, ia berkata, Rasulullah saw. pernah bersabda, ”Janganlah kalian suka melaknat dengan laknat Allah, dengan kemurkaan-Nya, dan dengan neraka,” (Hasan, HR Abu Dawud

Seorang yang mencari-cari tanggungjawab dan mahu dipilih sebagai pemimpin sahaja sebenarnya sudah menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w. Tetapi jumhur ulama membenarkan perlakuan berkenaan atas perkara ‘keperluan ummat masakini’.

Namun hukum laknat, tetap berjalan terus dan tidak pernah bertukar sekalipun ayat-ayat yang digunakan untuk melakukan perlaknatan sudah dicanggihkan.

Azlan Jusuh setelah melafazkan sumpah melaknat diri sekiranya dia meninggalkan atau keluar dari PAS, langsung tidak tahu bahawa dosa dan kesalahan sebenar seorang manusia yang meminta-minta tanggungjawab tetapi kemudian melalaikan tanggungjawab tersebut kerana alasannya, SIBUK DENGAN PERKARA LAIN, adalah jauh lebih besar berbanding ‘dosa’ dia keluar atau meninggalkan PAS.

Takkanlah perkara yang melibatkan KECURANGAN, TIDAK AMANAH dan TIDAK JUJUR dalam tugas, tidak diajarkan kepimpinan PAS kepada Azlan Jusuh? Adakah dengan menyatakan bahawa kononnya dia akan menyerahkan semua gaji, elaun dan upah sebagai wakil rakyat kepada ‘rakyat’, maka itu sudah menghalalkan perbuatannya meninggalkan tanggungjawab selaku pemimpin apabila dia dipilih sebagai wakil rakyat DUN Kuala Besut?

Apa ke gilanya Azlan Jusuh bercakap tentang perniagaannya sambil menagih agar dia dijadikan wakil rakyat? Apa ke gilanya Azlan Jusuh berlagak yang dia sanggup menggajikan dan mengupah orang lain untuk menjalankan tugasnya selaku wakil rakyat kerana dia terlalu sibuk berniaga di Kota Bharu?

Ada semacam kegilaan atau kemaruk isim di kalangan puak-puak PAS. Mereka sanggup bersumpah bagi mendapatkan pengaruh dan undian tetapi pada masa yang sama, mereka sebenarnya tidak peduli pun dengan sumpah yang telah dibuat.

Dek kerana itulah, kita sering melihat hampir kesemua wakil-wakil rakyat PAS, telah ‘mengharamkan’ muka dan batang tubuh mereka dari kawasan yang membolehkan mereka menjadi wakil rakyat dan pemimpin. Sebaliknya mereka lebih sibuk berada di luar kawasan dan di tempat orang sambil mendendangkan cerita serta dongengan tentang perlunya PAS dipilih sebagai parti berkuasa.

Kalau inilah orangnya dan partinya yang diberikan peluang serta kuasa oleh umat Islam, bermakna, tersangat mudahlah umat Islam ditipu hanya kerana janggut sejemput, ketayap sebesar penumbuk dan parti berjenama Islam.

Sedangkan hakikatnya, mereka telah pun diperdayakan oleh golongan munafiq yang sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta mempermain-mainkan nama Allah Taala hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger