Label 10

Home » , » PRK Kuala Besut : Mungkinkah Ini Sebabnya Che Long Diminta Lafaz Baiah?

PRK Kuala Besut : Mungkinkah Ini Sebabnya Che Long Diminta Lafaz Baiah?

Written By AAKJ on Friday, July 12, 2013 | 8:37 AM




Bagi sebahagian besar penyokong PAS di Besut, nama Azlan @ Endut Yusoh atau lebih dikenali sebagai Che Long sememangnya tidak asing bagi mereka apatah lagi sejak bertahun-tahun lalu individu itulah yang menjadi penyumbang kewangan utama untuk PAS Kawasan Besut.

Namun bila mana Azlan diangkat sebagai calon PAS untuk menentang BN dalam PRK DUN Kuala Besut, wujud keadaan berbelah bahagi apabila timbul keraguan dikalangan sesetengah penyokong parti itu bersabit sejauh mana kesetiaan Bendahari PAS Kawasan Besut kepada parti.

Menurut sumber, keraguan itu mula berputik selepas tersebar maklumat yang mengatakan calon PAS itu pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO peringkat cawangan yang kemudian secara senyap menyertai PAS kerana kekecewaan peribadi.

Walaupun belum ada kepastian mengenainya, namun ia cukup untuk menjejaskan kewibawaan calon PAS itu dikalangan penyokong bawahan yang selama ini sering curiga dengan pemimpin PAS atau dari parti sepakatan yang pernah bersama-sama UMNO.

Pengalaman lalu sewaktu kerjasama PAS dengan Parti Negara, PMS46 dan PKR telah mengajar penyokong PAS betapa nilai kesetiaan bekas pemimpin UMNO yang kecewa ini pada parti biasanya lebih rapuh dari sebatang lidi.

Kesan dari wujudnya keraguan itu memang jelas kelihatan apabila pergerakan jentera PAS di sekitar Kuala Besut agak sunyi berbanding PRU 13 atau PRK lain sebelumnya. Ketara perbezaannya seperti masing-masing kurang bersemangat.

PAS agaknya sedar, seandainya persepsi dan kecurigaan sedemikian terus berkembang biak dikalangan penyokong bawahan, dikhuatiri buruk akibatnya dan boleh menjejaskan undi PAS dalam PRK DUN Kuala Besut.

Bila itu berlaku, alamatnya kempunanlah PAS untuk memberi saingan sengit apatah lagi merealisasikan teori 16-16 yang cuba digembar-gemburkan sejak seminggu lalu.

Mungkin menyedari hakikat itulah PAS kemudiannya meminta Azlan melafazkan baiah taat setia pada parti secara terbuka di depan penyokong PAS, dengan harapan ia mampu menguatkan semula sokongan dalam mendepani kekuatan BN.

Tapi, betulkah tindakan tersebut? Pada hemat penulis, ia tidak pun membantu memulihkan semula keyakinan penyokong PAS terhadap Azlan sebaliknya manambah kecelaruan menyebabkan lebih ramai ahli dan penyokong PAS makin meragui kewibawaan Azlan.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger