Label 10

Home » , , » #PRU13 : Hadi Awang Anggap Cekgu Bard "Kepala Syaitan" ?

#PRU13 : Hadi Awang Anggap Cekgu Bard "Kepala Syaitan" ?

Written By AAKJ on Monday, April 22, 2013 | 9:06 AM


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.

Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Katanya, Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara.

"Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir...tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi.

Cerita Syaitan kena tampar ada d SINI


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 22, 2013 at 9:37 AM

Habis tu dia kepala apa? Kepala Jin.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger