Label 10

Home » , , » #PRU13 : Parti BERJASA Kembali Bertanding Setelah 14 Tahun !

#PRU13 : Parti BERJASA Kembali Bertanding Setelah 14 Tahun !

Written By AAKJ on Sunday, April 21, 2013 | 11:30 PM


KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Selepas 14 tahun menyepi, Barisan
Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) membuat kemunculan semula untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Dengan misi untuk mempertahankan kedaulatan Islam, Berjasa bertanding di
sembilan kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagi kerusi Parlimen, parti itu akan bertanding di Kedah (Alor Setar dan
Padang Serai), Pahang (Cameron Highlands), Wilayah Persekutuan (Batu), Negeri Sembilan (Seremban), Perak (Tapah) dan Selangor (Selayang, Subang dan Kapar).

Parti itu juga akan merebut kerusi DUN Kedah (Derga dan Kulim), DUN Selangor (Kajang) serta DUN Perak (Kuala Sepetang dan Hutan Melintang).

Pengarah Markas Pilihan Raya Berjasa yang juga calon Parlimen Batu, Brig Jen
(B) Datuk Hashim Abdul Karim berkata parti itu bertanding semula pada
PRU13 bagi mengembalikan kedaulatan Islam.

“Kita tak mahu Islam diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu dan sebab
itulah kita bertanding,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonannya di Dewan Sri Murni, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Abdullah, Jalan Kepong di sini, hari ini.

Kerusi Parlimen Batu turut ditandingi Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Dr
Dominic Lau Hoe Chai (Barisan Nasional), Nazariah Abbas dan Atan Jasin (Bebas).

Berjasa merupakan parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada 1977. Kali
terakhir parti itu bertanding dalam pilihan raya umum ialah pada 1999.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger