Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung, mengejutkan banyak pihak.
Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.
Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli Pas di Ibu Pejabat Pas Pusat hari ini.
"Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.
"Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.
Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran.
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.
"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.
"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya.
Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno.
-Sinar
+ comments + 4 comments
X lebih, x kurang....ada x der sama jer.....sebab dia & gang lah UMNO Selangor rosak.....
mat taik
Berambus semua penghianat UMNO...berkampunglah kat PKR tempat yang sesuai bagi pemimpin gila kuasa....! Mat Taik Masa jadi menteri KKLW da kena lantik Senator tidak puas-puas lagi...lepas tu masa pegang jawatan menteri KKLW bukan ada idea bantu warga luar bandar... Undilah BN..
Kesian Mat Taib ni....ingatkan umur dah senja2 dia tak nak dah nak sibuk2 dgn urusan politik duniawi ni...ropa2nya tak cukup2 lagi!! Sedih jugak ye...ingatkan dia ni patriotik pada perjuangan Umno dan BN...tapi hampeehhh...soruu dah miss kot!! Amat menyedihkan dia g join pkr tu apesal la...dah terang2 bersekongkol dgn puak2 lgbt dll (tak larat aku nak senaraikan)....jadi tak mustahil segala jasabaik dia pada Umno/BN akan dihumban dlm longkang je laa nampaknya...
Post a Comment