Label 10

Home » » Laporan Pra Pilihanraya Kempus (PRK) 2012

Laporan Pra Pilihanraya Kempus (PRK) 2012

Written By AAKJ on Wednesday, September 26, 2012 | 9:46 AM



1.    Pilihanraya Kampus(PRK) yang  berlansung pada 25 Sept 2012 setelah ditunda dari bulan Mac yang lalu. PRK kali ini dilihat sebagai pentas untuk mengukur beberapa faktor utama dalam menghadapi PRU 13 akan datang. Dengan menjadikan mahasiswa sebagai wakil golongan dan saluran muda, maka, ianya menjadi buruan seluruh parti yang bertanding di PRU 13 untuk menarik sokongan dan memahami isu kelompok ini.



2.    Sejak awal penanguhan PRK yang lalu, para mahasiswa sudah mula menjalankan aktiviti berkempen mahupun melaksanakan gerakkerja menarik sokongan para pengundi, justeru, laporan awal pra PRK ini menfokuskan kepada gerakkerja mahasiswa yang menyokong pembangkang dalam usaha menarik sokongan mahasiswa di PRK kali ini. Laporan awal ini juga melihat kepada punca utama pegerakan pembangkang dalam menyusup masuk didalam IPTA dan IPTS bagi mempengaruhi mahasiswa untuk menyokong penuh pihak pembangkang serta menyediakan kader dan jentera mereka di PRU akan datang.



3.    PRK kali ini amat penting bagi pihak pembangkang untuk mempengaruhi mahasiswa atau golongan terpelajar sebagai menjalin impak dan penentu dalam mencorak hala tuju gerakkerja serta kayu ukur sokongan golongan ini di PRU 13 akan datang. Bagi pihak pembangkang PRK ini adalah jambatan mempengaruhi pola pengundi dengan isu-isu yang dibawa oleh golongan muda iaitu mahasiswa. Menjadikan ia sebagai bahan kempen dan membantu menaikkan sokongan rakyat kepada pembangkang.



4.    Pihak pembangkang juga sudah mula mengesan jentera dan juga pelapis kepimpinan mereka dalam PRK kali ini. Jentera adalah mereka-mereka yang akan berkerja secara sukarelawan di PRU akan datang dan pelapis kepimpinan pula meletakkan impian kepada mahasiswa bahawa mereka ini satu hari nanti akan diberi kedudukan sebagai pemimpin parti.



5.    Sikap ‘ghairah’ yang ditanam kepada mahasiswa oleh pihak pembangkang menjadikan para mahasiswa mula celik politik dan mengikut perkembangan semasa serta mereka ini melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti dan program parti pembangkang. Mereka juga disuntik dengan semangat ‘ghairah’ dalam menjadi benteng isu disetiap demonstrasi seperti demo Bersih dan demo PTPTN. Sifat ‘ghairah’ yang ditanam oleh parti pembangkang kepada mahasiswa ini menjadikan mereka lebih agrasif dan lantang untuk memperjuangkan hak mereka di PRK kali ini.



6.    Sikap ‘ghairah’ ini juga menjadikan mahasiswa lebih celik politik dan ambil tahu perkembangan politik semasa untuk diri sendiri serta menarik persepsi rakan-rakan lain dan menjadi idola serta kembanggaan sebagai pemimpin di kampus. Inilah gerakkerja pembangkang dalam mempangaruhi sikap mahasiswa untuk dipengaruhi dalam setiap pertemuan dan program mereka dengan menanam sikap ‘ghairah’. Bilamana sikap ini sudah ditanam maka, para mahasiswa ini secara automatik sanggup begerak menjadi jentera sukarelawan pembangkang tanpa perlu dibayar dan dikerah. 



7.    Perkembangan menerusi medium media baru sebagai strategi utama pakatan pembangkang meresap masuk dalam PRK kali ini. Mengguna pakai media baru seperti blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah gerakkerja terancang disetiap universiti yang dikuasai oleh mereka. Strategi ‘pengaliran maklumat’ yang dicetuskan oleh Rafizi Ramli sendiri dibantu oleh Faris Iltizam dan Haslan dari kalangan kumpulan terdiri 8-15 orang kalangan anak muda yang gagal di universiti tetapi cukup taksub kepada DSAI, dilatih dan dijadikan kader untuk gerakkerja mempengaruhi mahasiswa di universiti.



8.    Kumpulan media baru mereka ini lahir dari ‘sekolah politik’ dijalankan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) yang dipimpin oleh Khalid Jaafar dan ditaja oleh KAF. Antara kader-kader yang telah berjaya dilatih dan kini bergerak aktif didalam kampus ialah Fahmi Reza, Faris Iltizam, Haslan, Asraf Khalid Jaafar, Najib, Asraf Muaz, Ginnie Lim, Farah Afzan dan lain-lain. Mereka ini ditugaskan dan ditempatkan di ibupejabat PKR Tropicana dan mereka ini diberi kelebihan boleh bertemu dan bercakap terus bersama DSAI.



9.    Cadangan dan idea penubuhan team media baru ini telah dilancarkan bermula Jun 2010 dalam mempengaruhi dan menguasai mahasiswa tempatan. Mereka bergerak bebas di setiap universiti tempatan dan banyak program telah mereka laksanakan dari tarikh ditubuhkan. Bagi menambah keberkesanan dalam gerakkerja team media ini, mereka juga telah  melaksanakan program ‘Student Power’ bagi menambah keberkesanan gerakkerja mempengaruhi minda mahasiswa untuk menjadi aktivis dalam memperjuangkan hak dan menentang kerajaan. Program ‘Student Power’ diperkenalkan kepada mahasiswa pada Ogos 2010.



10. Keberkesanan ‘Student Power’ ini dapat dilihat kini dengan penglibatan mahasiswa secara langsung dalam setiap isu nasional yang cuba mereka juarai. ‘Student Power’ ini juga menjadi pengerak kepada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) untuk bersama dalam strategi gerak kerja yang teratur disetiap program dalam kampus. Sebelum kewujudan ‘Student Power’, dilihat PMI tidak mempunyai strategi yang teratur dan gerakkerja yang tidak berkesan. Justeru, kewujudan ‘Student Power’ di universtiti sejak 2010 menjadikan mereka ini lebih berani dan lebih agrasif. Dijangkakan pada PRK kali ini, peranan ‘Student Power’ akan lebih besar dan mempunyai pengaruh serta gerakkerja yang teratur dalam mempengaruhi sikap mahasiswa untuk terus menentang kerajaan.



11. UIA dan UPM adalah pusat utama gerakkan ‘Student Power’ dan mempunyai pengaruh yang besar ke atas mahasiswa kerana terdapat ramai anak-anak YB pembangkang yang belajar disana. UIA diketuai oleh Farah Afzan (anak YB Zuraidah) dan UPM diketuai oleh Ginnie Lim dan kumpulan pelajar Cina.



12. Untuk PRK kali ini, PKR telah melantik Ginnie Lim dan juga Fahmi Reza untuk mengetuai strategi ‘Student Power’ dalam memastikan segala psywar dan juga aktiviti gerakkerja berkesan di PRK kali ini. Ketua Serikandi PKR pusat Aisah Shaik Ismail mensasarkan 40% sasaran sokongan mahasiswa untuk ditembusi disetiap IPTA termasuk UITM yang dilihat pro kepada kerajaan.



13. Dari sudut isu nasional, PRK kali ini dilihat akan memperjuangkan isu nasional yang berkait terus dengan mahasiswa seperti PTPTN dan AUKU. PTPTN adalah isu utama kerana mereka akan memperjuangkan pendidikan percuma dan biasiswa. Manakala isu nasional luar mahasiswa akan memperjuangkan isu keadilan dan ketelusan kerajaan iaitu seperti ISA dan isu Bersih. Isu korupsi pihak kerajaan dan kepimpinan BN akan menjadi sampingan dan ianya akan ditambah dengan isu serangan peribadi terhadap YAB PM dan Isteri terutama di Universiti Malaya. Isu serangan peribadi YAB PM akan dilagakan dengan perbandingan kepimpinan Pembangkang yang telus, contoh, DSAI yang dianiaya dan ketokohan Nik Aziz dalam kepimpinan Ulamak berbanding YAB PM. 



14. Isu dalaman kampus pula memperlihatkan ketidakpuasan hati para mahasiswa dengan pentadbiran kampus. Contoh yang jelas di UIA dilihat pentadbiran kampus yang korupsi serta penyelewengan kewangan menjadikan mahasiswa ini benci dan terus menyalahkan pihak kerajaan. Dato’ Wan Helimi Wan Kamal (Exec. Director Management Services Division), Dato’ Hj Zailan Shaari (Exec. Director Finance Division) dan Alias Majid (General Manager IIUM property) adalah faktor utama kebencian mahasiswa di UIA kerana penyelewengan dan korupsi yang dilakukan oleh mereka secara terang-terangan tanpa apa-apa tindakan dan dilihat kebal disisi undang-undang menjadikan para mahasiswa terus menerus membenci kerajaan.



15. Selain isu pentadbiran, isu kos sara hidup yang tinggi, penempatan mahasiswa, yuran dan buku pegajian, penswastaan kempus, kekurangan aktiviti dan program di universiti, peluang kerjaya selepas tamat belajar, prasarana dan kemudahan serta alat bantu belajar. Ini adalah antara isu dalaman disetiap universiti yang dilihat ianya perkara lama yang sering diperkatakan namun, tiada penyelesaian di pihak universiti mahupun pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Isu dalaman ini juga menjadikan para mahasiswa melihat kelemahan Kementerian dan menjadikan mainan pihak pembangkang terhadap kebencian mahasiswa terhadap pihak kerajaan.



16. Peranan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di setiap Universiti kini dilihat lebih teratur dengan program dan gerakkerja. Mereka melihat pemantauan pihak universiti bukan kekangan untuk mereka menjalankan aktiviti namun, mereka menggunakan peluang yang sedia ada secara maksima. Contohnya, mereka tidak menggunakan masjid utama sebagai pusat aktiviti disebabkan pemantauan yang ketat dari pihak universiti namun, mereka menggunakan surau-surau disetiap kampus dan penginapan yang ada bagi setiap program usrah mereka.



17. PMI juga sering mengadakan ‘Ummahtic Camp’ bagi mahasiswa. Program ini dilaksanakan disetiap universiti dengan pengisian yang sama dengan modul pengisian membentuk kader-kader mereka. Begitu juga dengan program ‘Taaruf week’ yang dilaksanakan di UIA bagi minggu suaikenal dengan mahasiswa baru dijalankan bagi menerapkan ideologi pembangkang terhadap mahasiswa baru secara tersirat.



18. Program bersama pemimpin pembangkang juga akan dilaksanakan disetiap musim PRK ini. Namun, bagi kepimpinan mahasiswa disetiap universiti yang mempunyai kecenderongan terhadap DSAI, mereka akan hadir dirumah DSAI disetiap malam Jumaat untuk majlis tahlil dirumah DSAI. Dikesempatan inilah DSAI akan menggunakan sepenuhnya bilamana DSAI melihat kehadiran mahasiswa maka, DSAI akan membuka dialog bersama kepimpinan mahasiswa ini dan ianya menjadi platform bagi DSAI menarik sokongan mahasiswa.




Strategi dan cadangan untuk pelaksanaan PRK disetiap Universiti:


1.    Gerak kerja awal dari seluruh jentera PRK dalam mengenalpasti isu dan sosio kampus adalah keutamaan dalam menjana pergerakan jentera yang berkesan bagi membantu kemenangan kali ini. Ia meliputi segala permasalahan dan mengenalpasti segala isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa disetiap universiti. Dengan berbekalkan maklumat dan trend awal mahasiswa serta keadaan sekitaran maka, segala analisa, strategi dan pergerakan jentera dapat diatur lebih awal bagi memastikan ianya bertepatan dengan senario setempat.



2.    Mengenalpasti musuh dalaman dan juga luaran juga boleh membantu dalam kemenangan PRK ini. Selain dari itu, mengenal mahasiswa atas pagar dan juga undi protes adalah keutamaan dalam meraih kemenagan di setiap universiti.  



3.    Pemilihan calon yang tepat atas kemahuan mahasiswa serta sokongan akar umbi menjadikan ia satu kekuatan dalam memastikan kemenangan bergaya disetiap Universiti. Calon aktif dalam penglibatan aktiviti dan juga mesra mahasiswa menjadi idaman disetiap Universiti serta boleh meyakinkan mahsiswa lain dengan perwatakan dan penampilan serta keyakinan membawa manifesto tersendiri. 



4.    Keberkesanan kempen kali ini perlu ada  penglibatan secara langsung media baru iaitu para Bloggers untuk berkampung disetiap universiti. Ini dilihat kepentingan medium baru dalam strategi pihak pembangkang yang telah bertapak lama disetiap universiti.



5.    Keadah mendekati mahasiswa juga dengan menggunakan pihak ketiga iaitu NGO’s dianggap amat berkesan dalam menerangkan dan menarik kepercayaan mereka terhadap kerajaan. Program dan aktiviti perlu dilaksanakan oleh NGO’s ini seperti program NGO bersama anak yatim atau program NGO membersihkan rumah orang tua, atau sebagainya. Dari pengisian program seperti ini maka para mahasiswa boleh terus berinteraksi dengan masyarakat serta menambah keyakinan mereka. Ini boleh digunakan sebagai program serampang dua mata dan perlu diamanahkan kepada NGO’s terpilih sahaja seperti Yayasan Salam, Yayasan FELDA. Persada dan lain-lain.



6.    Kawasan masjid dan surau diseluruh Universiti dan kampus penginapan di perlu dipantau agar tidak dijadikan tempat berkempen dan sebagai pusat menabur dakyah berkempen. Mengikut pengalaman PRK yang lepas, disetiap masjid selepas solat Jumaat akan diadakan demo oleh kumpulan yang diketuai oleh ‘Student Power’. Mereka akan menyebarkan risalah dan demo akan berlandaskan perjuangan Palastin atau  sebagainya, tapi jeritan ‘Student Power’ akan menjadi agenda utama mereka.



7.    Penyebaran flyers adalah menjadi ketutamaan berkempen disetiap universiti mengikut kehendak utama mahasiswa dan perjuangan mereka di universiti tersebut. 



8.    Isu mahasiswa Cina juga perlu dilihat dalam PRK ini. Mereka dilihat lebih condrong kepada Pembangkang dan mereka ini lebih memperjuangkan komunis terutama di Universiti Malaya. Kepimpinan lama dan baru MCA serta Gerakkan diharapkan dapat turun ke setiap universiti bagi mendengar segala isu dan permasalahan mahasiswa kaum Cina dan juga cuba mencari jalan penyelesaian. Mengadakan program dan aktiviti bersama mahasiswa digalakkan bagi menjamin tahap sokongan mahasiswa Cina ini. Ini telah berlaku di UTM dan UTHM di Johor dimana ada dikalangan kepimpinan MCA Johor bersama ahli perniagaan Cina Johor mangadakan aktiviti dan program bersama mahasiswa di universiti tersebut.



9.    Maklumat diterima, yang mana PAS, PKR dan DAP kali ini di PRK tidak perlu berhabisan dalam menerangkan isu kerana gerak kerja mereka selama ini telah berhasil dengan turunnya mahasiswa dijalanan dalam berdemo untuk menentang kerajaan. Mereka merasa selesa dalam PRK kali ini dengan isu yang sedia ada dan juga bahang PRU 13 yang semakin dekat.



Rumusan:


1.    PRK kali ini menandakan tahap kayu ukur bagi setiap parti bagi mengukur tahap sokongan golongan muda dan juga isu-isu yang mereka perjuangkan. Parti pembangkang melihat ianya menjadi platform sebagai jalan untuk mereka mendapatkan jentera yang akan bergerak secara sukarela dan juga menjadi ejen penyebar maklumat bila pulang ke kampung halaman mereka kelak.



2.    Strategi pihak pembangkang sudah bertapak lama di setiap universiti dengan mengadakan program-program dan aktiviti diketuai oleh aktivis pelajar yang dididik oleh PKR. Mereka ini menjadi bahan panduan kepada pihak penyokong PAS di kampus untuk berkerjasama dalam gerakkerja yang tersusun bagi menjadikan kekuatan mereka kali ini tidak boleh dipandang mudah walupun terkini kerajaan memberikan Kad Diskuan kepada para pelajar dan mewujudkan kedai 1Malaysia di kampus-kampus. Hasil basuhan minda yang dibuat dilihat kini mereka ini berjaya menarik para mahasiswa menjadi benteng di setiap demonstrasi yang dianjurkan pihak pembangkang serta membawa pemikiran mahasiswa kepada pemikiran membantah dan memberontak.



3.    Permasalahan dan isu yang berlaku di setiap universiti adalah perkara yang sama setiap kali PRK yang dilihat masih belum dapat diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab (Kementerian). Justeru, Transformasi dipihak pengurusan dalam menangani isu mahasiswa perlu dilakukan demi menjamin kualiti dan pembelajaran yang sempurna buat mahasiswa.



4.    Setiap kali PRK berlangsung, para agensi yang bertugas hanya mengfokuskan isu dan permasalahan pelajar tanpa mengambil kira ibu segala masalah. Ibu segala masalah ini tidak pernah dibincangkan untuk mematikan gerakan mereka. Ianya adalah program ‘Student Power’ yang diilhamkan oleh PKR. Inilah kejayaan pihak pembangkang mewujudkan keghairahan pelajar dalam menentang pihak kerajaan. Satu gerak kerja untuk menghapuskan gerakkan ‘Student Power’ ini perlu dilaksanakan bagi pemutihan dipihak mahasiswa yang terus menerus menjadi duri dalam daging di setiap PRK.



5.    Akhirnya, perlu diingat, pihak pengurusan dan pentadbiran universiti yang juga menjadi agen kepada pihak pembangkang juga perlu dipantau. Bukan itu sahaja, nama-nama pihak universiti seperti diatas yang melakukan penyelewengan dan korupis dan merasakan mereka kebal disisi undang-undang juga perlu diambil tindakan tegas bagi menunjukkan ketelusan pihak kerajaan terhadap membantu keperluan mahasiswa.
               






                  





                               
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger