Home »
» Laporan Pra Pilihanraya Kempus (PRK) 2012 Siri 2
Laporan Pra Pilihanraya Kempus (PRK) 2012 Siri 2
1. Pada
laporan awal telah melihat kepada peranan ‘Student Power’ dan juga Persatuan
Mahasiswa Islam di Universiti. Ianya adalah 2 pengaruh yang terbesar ketika ini
dan boleh dilagakan keduanya dari sudut ideologi dan pemahaman tentang Islam.
Maka kini, laporan kedua lebih kepada memperkenalkan pengaruh ABIM dan
peranannya di universiti-universiti tempatan.
2. ABIM
boleh terus dikaitkan dengan pegerakkan pemuda Islam yang dulunya lebih kepada
Badan Bukan Kerajaan. Namun, ianya telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak
seperti DSAI sendiri untuk kepentingan beliau ketika dalam kerajaan mahupun
dalam pembangkang. Pengaruh yang kuat telah ditanam dari mahasiswa ini
hinggalah mereka ini tidak lagi bersama ABIM dan akan terus setia kepada DSAI.
3. Pengaruh
dan peranan ABIM kini berbeza di universiti-universiti. Terbahagi kepada 3
peringkat iaitu pengaruh ABIM di peringkat pentadbiran universiti, pengaruh
ABIM dikalangan pensyarah dan yang akhir pengaruh dan peranan ABIM kepada
mahasiswa. Semuanya ini tidak lari dari pengaruh pembangkang iaitu DSAI yang
terlalu kuat menjadi mentor dan idola mereka.
4. Mengambil
contoh dalam pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pengaruh ABIM
hanya dilihat kepada 20% sahaja. Namun pengaruh 20% inilah menjadikan ianya
lebih condrong kepada pihak pembangkang dan menjadi nadi penggerak kepada
kekutan DSAI dalam mengkader jentera sama ada dari PKR mahupun PAS.
Mantan-mantan yang pernah bertugas di UIA adalah pengerak utama dalam menjana
program dan usrah di UIA. Antara yang kerap hadir di UIA secara tidak rasmi
bertemu dengan pelajar atau pihak pentadbiran serta pensyarah ialah Dr. Mohd
Nur Manuty, Dr. Badrul Amin, Yusrie dan Ariffin mantan Presiden ABIM, Cikgu
Azmi (TERAS) untuk mengendalikan usrah, Dr. Aziz Bari, Amir Sari dan lain-lain.
5. Mereka-mereka
ini secara tidak langsung terus menerus memberikan tarbiah dan pendidikan dalam
aktiviti secara tidak formal didalam UIA. Maka pengaruh inilah membawa kepada
perbincangan para mahasiswa dalam melihat ABIM sebagai pilihan gerakkan
mahasiswa untuk dipilih selain dari Student Power dan juga Persatuan Mahasiswa
Islam.
6. Selain
dari pengaruh luar atau ahli ABIM yang pernah bertugas di UIA kini rektor UIA
sendiri iaitu Zaleha (dikatakan bekas kekasih Timbalan Menteri Pegajian Tinggi
dan ini dilihat bahawa beliau kebal dari tindakan ) yang suaminya Abd Manaf
(Bekas ahli ABIM/Wadah) lebih mempengaruhi dalam pentadbiran UIA. Abd Manaf
dilihat berada di UIA sebagai penasihat utama kepada isterinya sehinggakan
mesyuarat penting UIA dihadiri oleh beliau, sedangkan beliau bukan kakitangan
UIA. Perkara ini dilihat oleh kakitangan dan mahasiswa sendiri dan kini ianya
menjadi buah mulut yang rektor UIA sendiri menyalahgunakuasa dan ini menjadikan
kakitangan dan juga mahasiswa membenci pihak pentadbiran dan menyalahkan terus
kepada pihak kerajaan.
7. Pengaruh
ABIM berselindung disebalik suami Rektor UIA dan beliau terus menerus
menggunakan kepentingan beliau keatas isteri beliau. Begitu juga dengan
pentadbiran UIA Holding Berhad yang lebih bermuka-muka terhadap kerajaan dan
inilah keluhan yang diterima dari kakitangan pentadbiran dan juga mahasiswa
yang membenci pentadbiran yang korapsi dan mereka ini terus menyalahkan pihak
kerajaan kerana langsung tidak mengambil tindakkan.
8. Selain
dari itu ABIM dilihat juga dipengaruhi oleh agensi-agensi kerajaan yang
kebanyakkannya adalah bekas ahli ABIM. Mereka bergerak menggunakan nama agensi
kerajaan. Contoh terdekat seperti Cikgu Sidek Baba yang diragui peranannya
dengan pihak pembangkang. DSAI dengan bantuan Dr. Sidik Fadil dan pengaruh
beliau dengan ABIM kini memainkan peranan penting dalam kampus-kampus dengan
satu tujuan sahaja iaitu menaikkan kembali pengaruh DSAI dikalangan generasi
muda intelektual. Dr. Sidik Fadil mempergunakan kawan-kawan dan bekas ahli ABIM
lama yang masih simpati degna DSAI didalam setiap universiti.
9. Pengaruh
pensyarah yang lebih dilihat kepada arus pembangkang kian aktif di
universiti-universiti. Ini kerana tiada pemantauan atau akta untuk mereka ini
diambil tindakkan. Para pensyarah ini lebih kepada rujukan kepada mahasiswa
dalam apa juga permasalahan terutama dalam isu semasa. Pensyarah juga tidak
ketinggalan dijadikan bahan rujukan kepada pihak pembangkang dalam membuat
modul tarbiah bagi pihak PAS dan penyampaian ideologi bagi pihak PKR.
10. Peranan
pensyarah juga sebagai orang tengah dalam menghubungkan pihak pembangkang dan
juga pentadbiran. Mereka ini banyak masa bersama para mahasiswa dan segala apa
yang disarankan diambil bulat-bulat oleh mahasiswa. Para pensyarah ini dulunya
dilihat sebagai ahli akademik namun kini mereka lebih kepada membawa ideologi
dan cuba mempengaruhi para mahasiswa untuk bersama menyokong pembangkang.
11. Antara
pensyarah di UIA menjadi idola mahasiswa untuk menjadi penghubung kepada
pembangkang adalah Dr. Mazlie Malik, Dr. Affendi, Dr. Ghani dan Dr. Che Razi.
Mereka ini secara terus menerus terlibat sebagai pembuat modul kepada unit
tarbiah PAS Pusat. Mereka juga sering dilihat membawa mahasiswa ke Taman
Melewar bagi program ceramah PAS setiap hujung minggu.Tidak hiranlah bagi UIA menjadi
salah sebuah pusat pembikkan para kader-kader pembangkang secara sukerelawan
setelah mereka ini dididik oleh mereka-mereka yang menyokong pembangkang.
12. Pensyarah
juga memiankan peranan sebagai jurucakap dan penyalur maklumat kepada pihak pembangkang.
Mereka sering bertemu secara sulit atau hadir terus ke rumah DSAI untuk
memberikan maklumat dan perkembangan terkini didunia kampus. Mereka para
pensyarah ini juga dilihat cukup aktif dalam apa juga program-program dan
aktiviti pembangkang secara terang-terang. Pensyarah juga membawa masuk isu
nasional dan antarabangsa ke dalam universiti dalam perbincangan di kelas-kelas
dengan para mahasiswa dan inilah contoh utama cara mereka mempengaruhi minda
mahasiswa.
13. Peranan
mahasiswa pula yang dilihat kepada menyokong pembangkang kini sudah jauh
berbeza. Mereka dulunya didatangi oleh pihak pembangkang dari luar masuk ke
dalam kampus, tetapi kini para mahasiswa ini terus mencari pembangkang secara
sukarela dan hadir disetiap program pembangkang diluar kampus. Kesannya yang
paling ketara apabila setiap minggu mahasiswa hadir di markaz PAS di Taman
Melewar dan pulang ke kampus menjadi jurucakap sukarela kepada pembangkang.
Bukan itu sahaja, mereka ini dilatih dalam usrah-usrah ABIM mahupun usrah PAS
untuk menjadi jurucakap kepada masyarakat. Inilah kejayaan yang dibuat oleh
ABIM dibawah program DSAI iaitu pengaruh mahasiswa menjadi kebangkitan kepada
kuasa rakyat.
Gerak kerja pengaruh ‘kuasa
rakyat’
KITARAN
GERAK KERJA PENGARUH KUASA RAKYAT
1. Inilah
kitaran gerak kerja yang telah lama diatur oleh pihak PKR dalam mewujudkan kuasa rakyat atau lebih dikenali dengan
‘people power’. Ianya adalah gerak
kerja yang diwujudkan dari kalangan mahasiswa yang diberi nama student power
satu program yang mewujudkan gelombang bantahan dari kalangan pelajar untuk
dilihat oleh masyarakat dan rakyat bahawa kebangkitan pelajar telah bermula. Begitu
juga dengan kebangkitan peranan gerakan ABIM yang dijana kembali oleh Dr. Sidik
Fadil di setiap universiti. Dengan kebangkitan ini maka timbul rasa sedar dari
rakyat bahawa mereka juga perlu bangkit dan inilah yang diprogramkan oleh pihak
PKR atau DSAI sendiri yang mengharapkan tsunami politik melanda kembali pada
PRU akan datang.
2. Kitaran
ini bermula dari pengaruh luar iaitu dari pihak pembangkang yang banyak
mengfokuskan memberi maklumat dan meresapi dalam pentadbiran universiti. Segala
maklumat atau meletakkan orang yang berpengaruh dalam pentadbiran universiti
memudahkan lagi gerak kerja mereka terutama di universiti-universiti yang
berhubung kait rapat dengan DASI. Ini kerana dari sudut pentadbiran adalah
menjadi sumber penting bagi DSAI kerana segala maklumat dan penyaluran maklumat
akan tepat dan akan terus sampai kepada sasaran.
3. Seterusnya
dipihak pentadbiran universiti melihat kepada penyampaian dan kerjasama
diantara pensyarah. Ini kerana pensyarah adalah bahan rujukan bagi pelajar jika
ada sebarang isu dan permasalahan diluar kampus atau didalam kampus. Bahan
rujuk ini seperti memberi pandangan dari sudut undang-undang dan sebagainya.
Maka pensyarah ini adalah sumber rujukan utama dan mentor bagi pelajar. Ia juga
menjadi bahan rujuk bagi membina modul serta menasihati pihak pembangkang.
4. Mahasiswa
adalah golongan sasar DSAI dan pihak pembangkang pada awal gerak kerja ini.
Mereka pada satu ketika dulu kerap bersama dan mencari kader-kader untuk
dijadikan jentera mereka. Namun kini, pihak pembangkang tidak perlu lagi berada
di universiti- universiti tetapi para mahasiswa ini sekarang terus mencari
pihak pembangkang diluar kampus. Juga dilihat dikalangan para mahasiswa ini
juga sudah ada dikalangan mereka yang menjadi agent tetap untuk membawa mereka
bertemu dengan kepimpinan pembangkang secara terus bagi memberikan lagi
keyakinan kepada mahasiswa tersebut.
5. Akhirnya,
pegerakan ini atau diberi nama ‘Student Power’, bersama Persatuan Mahasiswa
Islam dan Gerakkan ABIM terus menjadi benteng utama kebangkitan jika ada
sebarang isu nasional dan mereka inilah yang terus memulakan kebangkitan dan
rakyat melihat bilamana pihak media juga membuat liputan yang meluas. Maka
kebangkitan mahasiswa ini menjadikan ianya kepada kejayaan DSAI yang ingin
melihat kuasa rakyat bangkit menentang kerajaan. Budaya ini yang cuba
diterapkan oleh DSAI kepada mahasiswa dan rakyat Malaysia untuk menjadikan
tsunami dalam politik Malaysia.
Cubaan MengUMNOkan UIA
1. Dengan
membawa masuk pensyarah didalam UIA seperti Cikgu Senu dan yang terkini
dihantar pula Dr. Mizan dari UiTM Melaka. Ianya tidak merubah keadaan didalam
universiti tersebut. Ini kerana pihak yang dipertanggungjawabkan juga tidak
memainkan peranan dalam universiti. Dr. Mizan yang baru ditukarkan ke UIA
menjadi buah mulut kakitangan dan juga mahasiswa bahawa beliau mempunyai rekod
yang buruk ketika menjadi pensyarah di UiTM Melaka. Bagaimana seorang seperti
beliau ingin dijadikan contoh untuk mahasiswa dan boleh merubah senario semasa
di universiti tersebut.
Cadangan:
1. Justeru,
pihak kerajaan terutama diperingkat Kementerian Pegajian Tinggi perlulah
memantau dari sudut pentadbiran universiti hinggalah kepada pensyarah dan juga
mahasiswa kerana ini adalah 3 rangkaian yang berkait rapat dalam struktur
universiti di Malaysia. Peranan mereka dengan pihak pembangkang terus menerus
menjadi platform bagi mengkader generasi muda dalam menjadikan jentera sukarela
pembangkang.
2. Masalah
yang melanda di UIA seperti pengkopratan UIA menjadi beban kepada pentadbiran,
kakitangan dan terutama kepada mahasiswa itu sendiri. Dengan wujudnya UIA
Holding yang lebih dilihat oleh kakitangan dan juga mahasiswa adalah punca
segalanya terutama dari sudut birokrasi, penyelewangan dan korapsi serta
menjadi kebencian para mahasiswa dan kakitangan terhadap pihak kerajaan.
Justeru, cadangan mengawamkan kembali UIA kepada asalnya sama seperti
universiti awam yang lain menjadi satu harapan kepada kakitangan dan juga
mahasiswa UIA.
3. Bagi
gerak kerja singkat untuk PRK kali ini dicadangkan juga agar menifasto untuk
pihak penyokong kerajaan adalah dengan memberi peranan kepada kepimpinan
mahasiswa diiktiraf oleh pihak kerajaan sebagai jurucakap kepada masyarakat dan
rakyat. Pihak kepimpinan mahasiswa diberi peranan oleh kementerian-kementerian
kerajaan untuk menjadi jurucakap yang diiktiraf. Ini juga menjadikan role
mereka dimata masyarakat dan rakyat diiktiraf serta disanjungi.
4. Kad
diskuan yang diberikan kepada mahasiswa ditambah kegunaannya agar para
mahasiswa ini dapat merasakan sepenuhnya kebaikan kegunaan kad tersebut dan
mereka dapat merasakan pegurangan tanggungan beban kos mereka sepanjang menjadi
mahasiswa.
5. Ulamak
muda dari kalangan UMNO yang diketuai oleh Ustaz Fathul Bari digembeling untuk
melaksanakan lebih banyak program keagamaan didalam universiti. Ini kerana
tidak hanya kepada hiburan sahaja yang diperbanyakkan diuniversiti tetapi
program keagaaman dan program intellektual juga perlu diperbanyakkan.
6. Pemantauan
dan kesinambungan gerak kerja bukan bermusim. Ini bermaksud bahawa setiap
program dan aktiviti mahasiswa bukan hanya bermusim iaitu hanya pada PRK sahaja
agensi-agensi yang diamanahkan untuk mengetuai PRK ini datang dan masuk ke
universiti. Perlulah agensi tersebut membuat ground work dari awal serta
berterusan dan bukan bermusim.Agensi tersebut terus menerus membantu mahasiswa
sepanjang tahun dengan program serta aktiviti. Ini menjadikan agensi
bertanggungjawab memunafaatkan segala sumber yang ada dalam membentuk mahasiswa
menjadi modal insan terbaik.
7. Biro
Tata Negara (BTN) tidak perlu dilihat sebagai agensi yang bertanggungjawab
dalam setiap PRK. Ini kerana rata-rata mahasiswa dan kakitangan universiti yang
ditemui menyatakan kebencian dan kutukkan terhadap agensi ini. Mereka melihat
kepada perkauman dan juga agen politik kerajaan. Justeru, BTN yang dilihat oleh
sesetengah pihak sebagai gagal dalam menjalankan tugas disetiap PRK dan kini
lebih dilihat condrong kepada gerakan ABIM.
Rumusan:
Akhirnya,
bagi pegerakkan mahasiswa di universiti ini dilihat kepada 3 pengaruh yang
berbeza iaitu student power, Persatuan Mahasiswa Islam dan juga pegerakkan
ABIM. 3 pengaruh ini melibatkan kepada keberkesanan pihak pembangkang dalam
mempengaruhi ideologi para pelajar dan juga berjaya membangkitkan para
mahasiswa ini menolak dan menentang kerajaan. Para mahasiswa juga tidak lagi
begerak menantikan maklumat yang diberikan oleh pihak pembangkang namun kini,
mereka ini terus keluar mendapatkanya tanpa ada batasan.
Pemantauan
beterusan dan juga segala program dan aktiviti sepanjang tahun perlu ada dalam
gerak kerja PRK ini. Bukan sekadar datang dan masuk universiti secara bermusim.
Ini yang diluahkan oleh pihak mahasiswa dalam melihat peranan agensi kerajaaan
membantu mereka secara bermusim. Maka, diharapkan agar gerak kerja ini perlulah
diteruskan bagi mendapat hasil yang terbaik demi menjana modal insane yang
terus menyokong tampuk pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
Post a Comment