Label 10

Home » » Pengurusan Haji : Negara Luar Jadikan Tabung Haji Contoh

Pengurusan Haji : Negara Luar Jadikan Tabung Haji Contoh

Written By AAKJ on Tuesday, August 20, 2013 | 8:38 PM


Selepas 50 Tabung Haji (TH) diwujudkan, entiti itu kini berjaya menjadi contoh kepada beberapa negara lain Islam dalam pengurusan jemaah haji ke tanah suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, selepas lima dekad penubuhannya yang menguruskan pemergian jemaah haji Malaysia itu, kini TH berjaya mencapai satu kemajuan yang boleh dibanggakan oleh semua pihak.

"Kita harus ingat, kita menubuhkan Tabung Haji bukan hanya untuk menguruskan ibadah haji semata-mata tapi ia kini mampu mengukuhkan ekonomi umat Islam di negara ini.

"Malah peranan itu amat membanggakan kerana peningkatan ekonomi umat Islam itu dilakukan melalui pelbagai sektor dan berjaya meletakkan Tabung Haji sebagai ikon institusi pelaburan negara," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pameran haji dan fotografi bertemakan 'Al Hajj: Pengalaman Malaysia' di Muzium Kesenian Islam, Jalan Lembah Perdana di sini.

Turut hadir Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Paduka Ismee Ismail; dan Penasihat Yayasan AlBukhary, Datuk Abdullah Abdul Rahman.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamil Khir turut mengatakan penerbangan pertama jemaah haji dari Alor Setar terus ke Madinah akan dilakukan pada 9 September ini.

"Penerbangan terus dari Alor Setar dilakukan bagi membolehkan jemaah tidak menghabiskan masa menunggu di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) Sepang," katanya sambil menambah TH turut mewujudkan sebuah hotel di Alor Setar untuk kemudahan orang ramai. 





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger