Tindakan ADUN Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin yang lari ketika diminta menandatangani bantahan penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W Islam dan twitter Ngeh Koo Ham yang memperlekehkan tentangan umat Islam dunia menjadi tanda tanya sekaligus mencerminkan pendiriannya mengenai isu ini.
Wakil daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Jefri Amin Abd Hamid menjelaskan Nizar seakan-akan kecut dan melarikan diri apabila diminta untuk menandatangani kempen tandatangan itu ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri hari ini.
Katanya lagi, beliau selaku wakil PERKASA telah hadir ke sidang Dewan untuk mengutip tandatangan wakil rakyat.
Bagaimanapun beliau berkata hanya kalangan wakil rakyat Barisan Nasional sahaja yang menyertai kempen tandatangan itu manakala wakil rakyat pembangkang tidak menunjukkan minat apabila diminta berbuat demikian.
“Saya sempat bertemu Nizar untuk meminta tandatangannya, namun dia beri alasan untuk tandatangan selepas sesi sidang media sedangkan tidak banyak masa untuk turunkan tandatangan.
“Saya pun tunggu diluar sehingga dia habis sidang media. Apabila dia keluar saya sekali lagi pergi ke Nizar tetapi dia bagi pelbagai alasan seolah-olah mahu larikan diri.
“Bila saya tanya kenapa tak nak sokong kempen ini dia berdolak dalik dan dia terus pergi dengan alasan ada hal mustahak yang perlu diuruskan,” katanya.
Kata Jefri lagi, tidak ada alasan untuk Nizar mengelak kerana kempen ini tidak mempunyai kaitan dengan politik dan tujuan utama ia dijalankan semata-mata untuk memperjuangkan maruah Islam dari dihina.
“Sudah jelas kami hadir untuk kumpulkan sokongan dari ADUN yang hadir dan ianya tidak ada kaitan dengan isu poltik, tindakan Nizar seolah-olah mahu menjaga hati rakan-rakannya daripada parti DAP daripada perjuangan mempertahankan Islam,” katanya lagi.
Menurut Jefri,150 tandatangan berjaya dikumpul melalui kempen ini termasuk tandatangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan ADUN BN yang hadir.
aakj ; hahaha jangan marah la boddo..aakj tanya je tu d tajuk..mung ni takut kat ngeh kapir tu ke hahaha tuiIIIHhh !! boloOO !!
SUMBER
Post a Comment