Label 10

Home » » Video Wanita Sambut Aidilfitri Bersama Anjing Hina Islam - JAKIM

Video Wanita Sambut Aidilfitri Bersama Anjing Hina Islam - JAKIM

Written By AAKJ on Friday, August 2, 2013 | 10:18 PM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata SKMM akan merujuk kepada Jakim mengenai video itu sebelum membuat sebarang keputusan.
Ahmad Shabery berkata kes itu akan diserahkan kepada Peguam Negara jika Jakim memutuskan ia mencemar kesucian agama.
Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.
Maznah direman dua hari hingga hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor untuk membantu siasatan setelah diambil keterangan di Bukit Aman pada Kahmis.
Jamil Khir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM600,000 kepada 3,000 pengawal keselamatan dan sumbangan bernilai RM40,000 kepada 100 pendakwah bebas di sini pada Jumaat.
Mengenai fahaman syiah di negara ini, Jamil Khir berkata pihak jabatan mufti terutamanya di Selangor, Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain sudah mengambil keterangan daripada pihak yang mendakwa mereka sebagai penganut syiah.
“Ada jabatan lain juga telah memanggil dan memberikan mereka kaunseling,”katanya.
Selain itu, katanya usaha mengekang penyebaran fahaman itu yang telah diharamkan di negara ini akan terus dipergiatkan sama ada melalui media, mahupun ‘road show’ ke pelbagai tempat untuk menyedarkan masyarakat.
Beliau turut sependapat dengan ulama tersohor Dr Yusof al-Qadrawi seperti dilaporkan akhbar pada Jumaat yang menentang fahaman Syiah.
“Sebab itu Malaysia melalui fatwa sejak 1984 dan yang diperkemaskan lagi pada 1996 oleh jawatankuasa muzakarah fatwa dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan Syiah adalah pegangan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Ia juga diiktiraf salah di Malaysia. Jadi saya rasa ianya selaras dengan Dr Yusof Qadrawi seperti disebutkan dalam pandangan beliau,” katanya.- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger