Label 10

Home » » Terkini !! Foto Seorang Lagi Kena Tembak Di Lampu Isyarat !!

Terkini !! Foto Seorang Lagi Kena Tembak Di Lampu Isyarat !!

Written By AAKJ on Friday, August 2, 2013 | 10:36 PM


Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.
“Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.
Amiruddin berkata, Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil.
Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu !!

KEMBALIKAN ISA DAN ORDINAN DARURAT !!
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 2, 2013 at 11:32 PM

mcm cerite zaman koboi plk main tembak2..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger