Apabila tibanya bulan Ramadhan, maka pelbagai juadah akan mula di jual di pasar Ramadhan. Tak kira di kawasan bandar mahupun di kampung, daripada juadah lazim yang boleh dibeli pada hari biasa kepada juadah pelik lagi menyelerakan yang datang dari ceruk peringkat negeri atau daerah.
Pastinya ramai yang menggemarkan keenakan Murtabak sebagai juadah wajib untuk dihidangkan ketika waktu berbuka puasa kerana keenakannya serta mampu melapik perut yang sedang lapar.
Pastinya ramai yang menggemarkan keenakan Murtabak sebagai juadah wajib untuk dihidangkan ketika waktu berbuka puasa kerana keenakannya serta mampu melapik perut yang sedang lapar.
Malah murtabak telah menjadi juadah pilihan penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza ketika kehadiran mamadan pertama yang lalu. Entah mengapa, Murai Batu difahamkan Dato’ Siti telah memberhentikan kenderaannya di pasar Ramadan, Bangsar semata-mata untuk membeli beberapa keping murtabak untuk dibawa pulang sebagai juadah berbuka puasa di hari pertama Ramadan.
Lihatlah saja gelagat Dato’ Siti membeli murtabak menerusi foto Instagram (rozisangdewi) yang dirakamkan kakak iparnya, Rozi yang juga merangkap pengurus Dato’ Siti, baru-baru ini.
Sampai terjegat nampaknya Dato Siti dibuatnya semata-mata untuk memilih murtabak kegemarannya. Padahal setahu Murai Batu hanya ada dua jenis Murtabak sahaja iaitu Murtabak Daging dan Murtabak Ayam.
Nak tergelak pula bila melihat gelagat Dato’ Siti itu dan tak dapat bayangkan berapa keping agaknya murtabak yang telah dibeli Dato’ Siti. Pasti penjual Murtabak berkenaan juga agak terkejut apabila menerima kehadiran Dato’ Siti Nuhaliza di gerainya. Nasib baik Dato’ Siti tak diserbu peminat sehingga terpenyek ,urtabak yang dibelinya.
Sikap merendah diri Dato’ Siti harus dipuji kerana sanggup ‘mencemar duli’ pergi ke bazar Ramadhan untuk mendapatkan Murtabak kegemarannya. Cayalah.
Sumber: murai
Post a Comment