Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut : Veteran BN Pulau Perhentian Setia Selamanya

#PRKKualaBesut : Veteran BN Pulau Perhentian Setia Selamanya

Written By AAKJ on Saturday, July 13, 2013 | 8:52 PM


Alhamdulillah hari ni aakj berpeluang menjenguk Pulau Perhentian Kuala Besut..antara kawasan yang termasuk dalam 'zon mengundi' d PRK Kuala Besut. 

Lambungan ombak dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil..cuaca amat baik..hehe kalau tak mabuk laut juga kata pemandu bot pelancung kalau angin kuat..ombak akan bergelora..sambungnya lagi.

Tiba d pulau..dari jeti..anda akan lihat Bilik Gerakan BN dan ketika aakj sampai..amat terharu bila melihat antara jentera BN yang sedang sibuk membuat persiapan adalah seorang veteran UMNO d Pulau Perhentian..masih tegap dan sihat walaupun umurnya sudah memasuki 84 tahun.

Pak Hamid atau Abang Hamid, itulah nama veteran UMNO yang ketika itu sedang sibuk memasang bendera BN d sekitar jeti Pulau ini..



"saya sayang UMNO sampai mati insyaAllah..banyak jasa dan sepanjang hidup saya..saya boleh lihat bagaimana Kerajaan BN membangunkan Pulau ini dan ekonomi penduduk pulau ini berubah 100% dari nelayan tradisional kepada masyakakat yang bersama Kerajaan menjayakan sektor pelancongan d pulau yang indah ini.."

"..siapa tidak bangga..dari pulau yang tiada dalam peta pelancungan dunia..kini muncul sebagai Pulau ke 6 tercantik d dunia.." tambah anak muda yang ada bersama Pak Hamid ketika itu.. 

InsyaAllah aakj akan berada d sini sehingga hari mengundi..banyak cerita menarik d pulau ini termasuk yang panas..sabar..aakj akan ceritakan apa yang hot tu...


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger