Label 10

Home » » #PRKKualaBesut : Saya Bernazar Berjalan Kaki Dari Besut Ke Kuala Lumpur Jika BN Menang

#PRKKualaBesut : Saya Bernazar Berjalan Kaki Dari Besut Ke Kuala Lumpur Jika BN Menang

Written By AAKJ on Wednesday, July 17, 2013 | 8:00 PM


 

Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat,64, berhasrat meneruskan niat untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai ini.

Mohd Noor yang juga seorang kakitangan kerajaan negeri berkata beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

Impian beliau tidak boleh dipandang ringan kerana pada tahun 2000 beliau sudah mencipta sejarah selepas berjaya menamatkan misi berjalan kaki dari Jertih-Kemaman sejauh 260 kilometer.

Hasrat itu disampaikan sendiri oleh Mohd Noor kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Muhammad Khairun Aseh ketika bertemu di sini kelmarin.

Mohd Noor berkata, beliau juga berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri selepas berjaya menamatkan misi berjalan kaki berkenaan di Kuala Lumpur.

Muhammad Khairun, ketika ditemui berkata beliau menyambut baik usaha yang akan dilakukan oleh penyokong BN itu dan berjanji untuk mengatur sesi pertemuan dengan Perdana Menteri.

“Insyaalah saya akan atur program khas dan menyambut Mohd Noor jika beliau berjaya sampai di Kuala Lumpur,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau menghargai hasrat penyokong BN dari Besut itu dan akan memberi bantuan yang diperlukan dalam misi berjalan kaki berkenaan.

Idris berkata, Mohd Noor pernah melakukan aktiviti sama ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, dan mengiktiraf beliau sebagai rakyat Terengganu pertama berjaya berjalan kaki dari Besut ke Kemaman
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger