Label 10

Home » » Anwar Didakwa Kemuka Sijil Cuti Sakit Palsu

Anwar Didakwa Kemuka Sijil Cuti Sakit Palsu

Written By AAKJ on Wednesday, July 17, 2013 | 6:30 PM


To match Analysis MALAYSIA-POLITICS/


Bekas pembantu kepada peguambela, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Anwar memperdaya mahkamah ketika kes perbicaraannya pada September 2012.

M. Yuktesvaran mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mengemukakan sijil cuti sakit (MC) palsu dalam usaha untuk menangguhkan prosiding mahkamah berhubung penglibatannya alam Himpunan Bersih 3.0.

Yuktesvaran berkata dia tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbang akan keselamatannya dan tidak mahu apa-apa masalah timbul.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berdiam diri selepas Anwar mendakwa keputusan pilihan raya kali ini telah dirancang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Travers pada Rabu.

Beliau berkata dia telah menyerahkan bukti yang MC palsu itu kepada pihak polis ketika dia membuat laporan polis.

“Apa yang Anwar lakukan ialah sumpah bohong dan beliau wajar didenda di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan,” katanya.

Anwar, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Ketua PKR bahagian Rembau Badrul Hisham Shaharin mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Sesyen di sini pada Mei 2012 berhubung penglibatan mereka dalam Himpunan Bersih 3.0

Mereka didakwa di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2011, kerana terlibat dengan demonstrasi jalanan dengan niat untuk melanggar arahan yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf pada 26 April, yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka daripada 28 April hingga 1 Mei. – mStar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger