Label 10

Home » » #PRKKualaBesut ; Anggota Trafik Putus Kaki Dalam Kemalangan Ketika Bertugas

#PRKKualaBesut ; Anggota Trafik Putus Kaki Dalam Kemalangan Ketika Bertugas

Written By AAKJ on Wednesday, July 17, 2013 | 6:10 PM




Seorang anggota polis trafik telah cedera parah dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Peroi di sini kira-kira jam 4.20 petang tadi. Motor yang ditunggang mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah hadapan.

Mangsa adalah seorang pegawai trafik yang bertugas dalam PRK di sini dan berasal dari Melaka. Mangsa ketika kejadian sedang membuat rondaan biasa bersama seorang rakan

Menurut saksi kejadian pemandu kereta tersebut telah memotong satu kenderaan lain di garisan berkembar sambil menggunakan talipon. Pemandu kereta tersebut dikatakan terkejut apabila bertembung dengan pihak polis dan terus memecut keretanya lalu melanggar mangsa. Mangsa tidak sempat mengelak dan tercampak hampir 10 meter. Motor dan mangsa telah terkena rembok sekolah.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital Jertih. Mangsa telah mengalami cedera parah apabila kaki kanan mangsa telah terputus.

Pemandu kereta yang melanggar mangsa telah menghilangkan diri.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger