Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut : Pemimpin Pas Terengganu Tinggalkan Kuala Besut Kerana Di Pinggirkan Pas Kelantan

#PRKKualaBesut : Pemimpin Pas Terengganu Tinggalkan Kuala Besut Kerana Di Pinggirkan Pas Kelantan

Written By AAKJ on Wednesday, July 17, 2013 | 5:53 PM


Hangat dan terhangat di pasaran apabila Wahid Endut yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu dilaporkan telah telah meninggalkan tanah air pagi tadi. Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam itu telah pergi ke Mekah. Menurut sumber dalaman Perhubungan Pas Terengganu Wahid bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan Husam Musa sebagai pengarah pilihanraya kecil N01 Kuala Besut.

Berita Wahid Endut pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah di saat Pas sedang “berperang” di Kuala Besut amat mengejutkan kerana sebagai seorang yang pemimpin utama negeri, beliau sepatutnya menjadi antara orang utama yang mengendalikan kempen di sesuatu PRK.

Apakah masalah sebenarnya yang dialami oleh Pas Terengganu dan Pas Kelantan sehingga begitu sekali kesannya kepada kempen Pas di PRK Kuala Besut. Dikala pemimpin dan jentera luar masuk untuk membantu proses kempen, Wahid Endut yang sepatutnya menjadi antara tunjang utama keluar dari negara untuk menunaikan umrah. Perkara yang tidak sepatutnya berlaku dikala Pas berada di medan perang.

Ibadat umrah hanyalah sunat yang boleh dilakukan selepas PRK.


Aakj : Pas Terengganu kecik hati dengan Pas Pusat sebab serahkan pada Pas kelantan menjadi kepala perang !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger