TELAH sampai ke pengetahuan penulis bahawa jentera PAS sedang bersiap sedia untuk mengedarkan ’goodies’ dalam bentuk barang keperluan kepada pengundi-pengundi di DUN Kuala Besut.
Ada yang kata, dibeberapa kawasan, sudah diedarkan pun.
Seperti biasa, sebab PAS yang buat maka tidak ada kutukan kecaman dan apa-apa kotor lain yang dilemparkan kepada parti berkenaan, cuba UMNO kang, berterabur air liur memaki, sampai boleh tadah dengan baldi.
Malah, mana pengundi yang dah dapat tu, terima sajalah tanpa jadikan perkara itu sebagai isu yang boleh disensasikan.
Iyalah, orang bagi benda makan kan, takkan nak ludah pulak. Untuk pengetahuan, perkara ini kita kesan berlaku di beberapa pusat pengundian di tanah besar dan juga khabarnya di Pulau Perhentian.
Sebetulnya kita tidak bising PAS nak bagi ’goodies’ kepada pengundi, BN pun ada bagi. Ini biasa bila nak menarik perhatian pengundi agar menyokong kita. Sebab, seringkali soalan yang biasa di tanya pengundi, ”kalau undi awak, apa saya dapat?”, jadi berilah ’goodies’ macam ini untuk menyakinkan mereka di mana yang perlu.
Tapi janganlah masa UMNO, PAS pulak bising tuduh rasuah dan sebagainya. Sedangkan dalam masa yang sama PAS pun ada buat benda yang sama juga.
Kita tahulah calon PAS kali ini kaya raya, ada kilang kayu di Tunjung, Kelantan dan tanah balak hasil hubungan baik dengan pemimpin PAS yang kini tidak lagi menjadi Exco (walaupun pendidikan tak berapa nak tinggi), setakat bagi ‘goodies’ macam ini berapa sen sangat duitnya.
Ini semua sebenarnya bukanlah niat nak kata siapa salah dan siapa betul. Cuma nak jelaskan disini bahawa, PAS ini adalah pertubuhan politik yang sama macam pertubuhan politik yang lain juga, tidak ada apa yang istimewa walaupun mereka mendakwa memperjuangkan Islam dan apa-apa Islam yang lainnya.
Jauh dari nak mengata, ini sebenarnya sikap hipokrasi PAS yang diselindung dari mata ramai orang. Bahkan, keseluruhan kempen PAS dalam kempen PRK Kuala Besut kali ini pun adalah tentang menipu pengundi, sebab itu timbul cerita kafir, hudud dan sebagainya semula.
Cuba masa PRU13 dulu bawa perangai macam ini tengok, kalau beranilah.
Post a Comment