Label 10

Home » » Mahkamah sita barangan Ketua Wanita PKR P.P

Mahkamah sita barangan Ketua Wanita PKR P.P

Written By AAKJ on Thursday, July 11, 2013 | 8:15 PM



Beberapa pegawai dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menyita barang-barang milik Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Norhayati Jaafar di rumahnya di Taman Sri Kijang di sini.

Tindakan itu dilakukan sejurus mereka menyerahkan writ penyitaan ekoran kegagalan Norhayati mematuhi perintah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah setelah kalah dalam satu kes saman fitnah tahun lalu.

Menurut peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar, tindakan sita terpaksa diambil selepas Norhayati mengingkari arahan mahkamah yang dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese pada 27 September tahun lalu untuk membayar ganti rugi kepada Aminah.

"Hari ini pihak mahkamah telah menyerahkan writ sitaan dan jualan bagi menyita barang-barang milik defendan pertama dalam kes itu iaitu Norhayati.

"Dia diberi masa 14 hari untuk menyelesaikan tuntutan ganti rugi atau barangan terbabit boleh dilelong oleh pihak mahkamah," katanya kepada pemberita di Balai Polis Machang Bubok di sini hari ini.

Selain Norhayati, dua lagi pimpinan PKR iaitu Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamaruddin dan Timbalan Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam, Jab Samad turut diarahkan membayar ganti rugi RM30,000 setiap seorang kepada Aminah.

Aminah mengambil tindakan saman itu ekoran satu kenyataan dalam akhbar parti Pas, Harakah edisi 20-22 Mei 2011 yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya. - UTUSAN ONLINE
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger