Lebih mengharukan apabila wanita itu sanggup memaafkan perbuatan suaminya yang bertindak memukul mangsa dengan tali pinggang hingga putus.
Tindakan ganas Farid Kamal Bala, 29, bagaimanapun mendapat balasan apabila dia dihukum penjara lima bulan dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Hukuman terhadap mualaf yang masuk dua tahun memeluk agama Islam itu diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad.
Dia mengaku mengasari warga Thailand, Sitikhadeeja, 32, dengan tali pinggang hingga mangsa cedera di dahi, lengan tangan kanan dan jari kecil kanan dalam kejadian jam 8 malam, 8 Jun, di sebuah rumah di Pondok Terusan Pasir Tumboh, di sini.
Mangsa dipukul selepas berlaku pertengkaran berpunca daripada Farid yang meminta wang, bagaimanapun, isterinya itu hanya ada RM10 sebelum wang itu dirampas suami.
Dia kemudiannya memukul mangsa dan menyebabkan wanita yang sudah enam tahun memeluk agama Islam itu tercedera.
Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukumannya diringankan dan sudah bertaubat dengan kesalahan itu. Nik Habri bagaimanapun menasihatkan tertuduh supaya lebih mendalami ilmu agama Islam dan tidak mengulangi perbuatan itu.
Pendakwaan kes itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.
Post a Comment