Label 10

Home » » "Saya Tidak Buang Medal Ke Tong Sampah" - Mat Yo

"Saya Tidak Buang Medal Ke Tong Sampah" - Mat Yo

Written By AAKJ on Friday, July 5, 2013 | 11:48 AM


Mat Yo penyerang sensasi Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha menafikan laporan media yang mendakwanya membuang medal ke dalam tong sampah selepas perlawanan akhir Piala FA 2013, Sabtu lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Yo memberitahu menyerahkan medalnya kepada salah seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas kecewa apabila pasukan tewas kepada Kelantan dalam aksi berkenaan.

Norshahrul amat berharap dapat membantu Johor DT muncul juara Piala FA sebagai hadiah buat Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun kelahirannya sehari kemudian.

“Sebenarnya, saya beri pingat itu kepada salah seorang pegawai. Saya memang kecewa kerana gagal membantu pasukan raih kemenangan.

“Saya ingin melihat Johor DT menang sebagai hadiah buat Tunku Ismail,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, semalam.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger