Label 10

Home » , » Salahkah PM Lantik Pegawai Yang Beliau Percaya ?

Salahkah PM Lantik Pegawai Yang Beliau Percaya ?

Written By AAKJ on Friday, July 5, 2013 | 1:00 PM



KEBELAKANGAN ini ada banyak pihak dalam dan luar UMNO yang mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik orang-orang tertentu untuk mengisi jawatan yangtertentu juga di pejabat beliau di Putrajaya.

Terkini dan hangat dibincangkan oleh banyak pihak ialah keputusan Perdana Menteri untuk melantik Datuk Shahlan Ismail sebagai Pengarah Strategik di pejabat beliau berkuatkuasa bulan lepas.

Kononnya Shahlan tidak layak menyandang jawatan itu kerana beliau kalah dalam pilihanraya umum yang lepas kepada Mahfuz Omar di parlimen Pokok Sena. Apa kaitan pun penulis tidak pasti kerana sumber memaklumkan jawatan Pengarah Strategik ini tidak melibatkan soal percaturan politik kepartian sangat pun tapi hal-hal lain yang berkaitan.

Soal politik diuruskan sepenuhnya oleh UMNO dan BN.

Lagipun Shahlan diketahui ramai bukan bercita-cita tinggi dalam politik. Beliau sudah lama berkhidmat dengan Perdana Menteri dan menjawat pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri. Kalau Shahlan mengejar jawatan politik, sudah lama beliau meminta dicalonkan, tapi itu tidak terjadi.

Hanya pada PRU13 yang lepas sahaja Shahlan bertanding buat pertama kali, itupun bukan beliau meminta dicalonkan disitu, sebaliknya diminta bertanding di sana atas sebab-sebab tertentu, cuma takdir Allah swt menentukan beliau kalah dalam pertandingan tersebut.

Tapi yang lebih penting, perjawatan ini memang digazetkan untuk pejabat Perdana Menteri. Kalau Perdana Menteri sendiri tak berhak memilih pegawai yang beliau rasa layak dan berkemampuan untuk berkhidmat di pejabatnya sendiri, penulis tak tahulah Perdana Menteri apa macam itu?

Logiknya, adakah satu pemimpin di dunia yang dipaksa menerima sesiapa sahaja untuk berkhidmat di pejabatnya sendiri tanpa dia sendiri mempunyai kuasa memilih? Kalau ada, penulis suka nak mendengar negara yang mana satu supaya senang kita buat perbandingan.

Tak payah susah-susahlah, letak saja diri kita dalam keadaan itu, adakah wajar kita tidak dibenarkan memilih pegawai yang akan berkhidmat untuk kita? Tolonglah jangan jadi bodoh.

Penulis rasa kita patut menghormati keputusan Perdana Menteri untuk melantik sesiapa jua pun yang beliau percaya boleh menjalankan tugas yang diamanahkan di pejabatnya sendiri. Nak komen boleh, tapi sampai ke tahap nak mengatakan ”macam tidak ada orang lain”, penulis rasa itu tidak patut.

Pun kalau nak dibahaskan juga (“macam tidak ada orang lain”), penulis tidak pastilah kalau sesiapa dapat menghadirkan orang yang sudah terbukti kebolehan dan kesetiaannya kepada Perdana Menteri hasil khidmat bertahun-tahun macam Shahlan.

Ini bukan cerita beli ikan di pasar, boleh pilih-pilih mana suka, buang mana taknak.

Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
July 5, 2013 at 3:17 PM

Yg penting org yg dilantik boleh bekerja tegas berani dan utama PRO MELAYU PRO MELAYU dan beri keutamaan kpd MELAYU dlm semua segi dr officer disekelilingnya dan tender projek kpd yg layak bukan kroni atau ali baba.. Jgn tindas melayu secara halus dgn kebodohan diri anda membuat keputusan..

Yg kelihatan.. telah jelas penyokong kuat dap dan org dap masih diletakkan tempat yg tinggi gaji besar dan diberi keutamaan.. bukan sedikit byk.. mata rakyat bawah byk melihat.. tdk boleh ditipu. Punahsihat yg memunahkan bangsa Melayu.

ISA telah menukar sejarah Malaysia... dr tenang jadi kacau bilau.. dap cina kafir biadap.. penjenayah berat dan kecil meningkat.. polis dilecehkan.. bebas buat apa saja.. Terlalu mau mengikut kata cina pembangkang.. makan diri bunuh diri sendiri..

Kawasan hak milik Kerajaan tapi melayu digusur secara halus.. cina menguasai.. itulah kebodohan. Di penang atau tempat pakatan.. terbalik.. cina menguasai penuh.. melayu ditindas.. Itu masih byk mata pemimpin buto melihat kenyataan.. Mata dah ditutup kekuasaan.

Sama semua.. pas pkr.. pemimpin Melayu menjadi pengkhianat bangsa melayu. Ini lagi parah tunduk kat cina.

Jadi bagi rakyat Melayu Umno bawah bukan
pertikai hak PM melantik org.. tapi org yg dilantik sesiapa pun tidak lagi merugikan Melayu Umno dan bukan tunduk kehendak cina kafir dap dan cukup beri keutamaan dan kelebihan je cina... takde satu pun polisi cina dap yg beri kelebihan kat melayu bah kan ditindas dihalau disekat dianiaya.

Cukup kata di mulut saya PM utk semua... hanya Melayu Bumiputera yg lantik anda.. yg cina kafir
dap bermcm plan buat dibelakang utk merampas kuasa. bahkan mereka keji hina maki kutuk biadap kat melayu.. agama islam dihina.

Anonymous
July 5, 2013 at 3:25 PM

moga yg ini tdk seperti punahsihat yg sebelumnya.. polisi yg dibuat tdk lagi merugikan bangsa Melayu.. berani bertindak tegas dlm kerja.

Bertanggungjawab dan takut ke Allah bukan takut ke manusia. Jujur dan amanah.. dunia sekarang tanpa sempadan... apa yg kita lakukan
cepat tersebar.. jgn burukkan nama Umno.

Anonymous
July 5, 2013 at 3:53 PM

ya... lantik yg tak akan merugikan melayu lagi.. dah bosan tengok lemah kat cina dan takde kekuatan kat pembangkang... lawan la sikit oooiii mcm Tun.. very smart...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger