Label 10

Home » , » Jonker Walk : Cina Dap Putar Belit Isu Sebenar ?

Jonker Walk : Cina Dap Putar Belit Isu Sebenar ?

Written By AAKJ on Saturday, July 6, 2013 | 10:00 PM

Henti Putar Belit Kenyataan Mengenai Jonker Walk

Ketua Menteri Datuk Idris Haron meminta pihak-pihak berkenaan supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang bercanggah berhubung kawasan pelancongan Jonker Walk.
Beliau berkata beliau berasa amat kesal kerana kenyataannya diputar belit seolah-olah beliau menafikan hak berniaga kepada peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.
“Cadangan saya supaya jalan di Jonker Walk dibuka ialah untuk dinilai keadaan kesesakan lalu lintas di situ bagi tempoh empat minggu. Bila saya kata buka jalan, mereka menyalah erti kenyataan saya bahawa saya ingin menutup peluang perniagaan di kawasan tersebut.
“Kerajaan negeri mempunyai niat baik terhadap peniaga di situ. Jangan burukkan niat baik kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Melaka (Mapen) di Bangunan Yayasan Melaka di Ayer Keroh di sini Sabtu.
Jalan Hang Jebat itu dibuka bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk mulai 28 Jun lepas ialah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar pada hujung minggu seperti yang sering menjadi rungutan pelancong dan rakyat tempatan.
Namun sesetengah pihak memutar belit langkah itu dan turut mengaitkannya sebagai bermotifkan politik.
Idris berkata empat jalan sisi di Jalan Hang Jebat turut dirancang untuk ditempatkan peniaga terlibat. – BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 7, 2013 at 3:42 AM

tunduk sgt kat cina... ni la jadinya.. patut pemimpin umno bersatu... jgn ada main api.. ni ada pulak nak jadi pahlawan cina mcm si cina tu undi dia duduk kerusi empuk.. dap mana peduli kat melayu

sudah sudah lah nazri wallahweh... org yg undi tuan hamba semua melayu.. ramai betul pemimpin umno atas yg diundi cina gamaknya.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger