ROMPIN – Polis memburu seorang ‘pengkid’ yang dipercayai membakar rumah kekasihnya yang juga seorang wanita di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya berkata suspek yang berusia 21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya.
“Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.
Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.
Johari berkata suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubunghi pihak polis. – BERNAMA
mynewshub
Post a Comment