Label 10

Home » , » Bongkar : Kedai "Foto-ZZOOM" Tidak Terima Wanita Bertudung Sebagai Pekerja !! Pemilik Cina ?

Bongkar : Kedai "Foto-ZZOOM" Tidak Terima Wanita Bertudung Sebagai Pekerja !! Pemilik Cina ?

Written By AAKJ on Thursday, July 4, 2013 | 6:30 PM

Foto-Zzoom Perlu Beri Penjelasan!

BARU-BARU ini seorang wartawan Berita Harian telah melakukan penyamaran sebagai pencari kerja di salah satu rangkaian kedai foto di ibu negara.
Wartawan yang memohon jawatan sebagai kerani mendapati semua kakitangan wanita beragama Islam di kedai foto itu memakai skirt dan tidak bertudung.
Kehadiran wartawan yang lengkap bertudung juga tidak disenangi kakitangan di situ apabila mereka terus memberi amaran mengenai ‘dasar’ syarikat itu ketika menyerahkan borang permohonan kerja.
Apabila ditemuduga oleh Pengarah Sumber Manusianya syarikat itu, wartawan cuba untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai ‘dasar’ namun beliau enggan melayan pertanyaan berkenaan.
“Jika mahu bekerja di sini, awak perlu membuka tudung dan memakai skirt. Itu dasar syarikat. Tiada kompromi,” katanya.
Yang menyedihkan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan mereka menerima aduan mengenai perkara seumpama itu hampir setiap bulan!
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dipetik sebagai berkata, ada syarikat terus mengamalkan dasar berkenaan walaupun diberi teguran.
Contohnya, kata Nadzim, sebuah rangkaian kedai foto cuba mengaburi pandangan orang ramai dengan membenarkan pekerja yang berurusan dengan pelanggan untuk berpakaian sopan dan memakai tudung, sebaliknya petugas di bahagian pentadbiran dipaksa membuka tudung.
“Kita menerima aduan daripada beberapa individu yang menghadiri temu duga di syarikat berkenaan. Jika mereka tidak mengadu, mungkin kita tidak mengetahui syarikat ini terus menindas pekerja Muslim di negara ini.
“Pengadu juga bagaikan tertipu dengan iklan jawatan kosong di luar premis yang ditawarkan pihak terbabit yang memaparkan pekerja wanita bertudung,” katanya.
AKTA 559
- Bahagian III – Kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya.
- Seksyen 7 – Menghina, atau menyebabkan dipandang hina.
- Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain:
- (a) menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
- (b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau
- (c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam.
- Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan dua tahun atau kedua-duanya.
Dalam satu kes lagi, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, beliau dihubungi oleh kakitangan sebuah kedai rangkaian foto di Gombak, di sini untuk ditemuduga selepas memohon jawatan sebagai kerani pada pertengahan Jun lalu.
Katanya, sebelum melangkah masuk ke bilik temu duga berkenaan, dia dimaklumkan oleh seorang pekerja di situ supaya tidak terkejut sekiranya diminta menanggalkan tudung untuk bekerja.
“Dia perasan saya pelik dengan kenyataan itu dan menjelaskan sekiranya dia tidak memaklumkannya kepada saya, dia akan dimarahi pengurus kerana tidak memberitahu perkara berkenaan terlebih dulu.
“Saya juga dimaklumkan oleh pekerja itu seorang wanita bertudung yang terpaksa membuka tudung ketika bekerja dan akan memakai semula selepas tamat waktu bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga,” katanya kepada Berita Harian.
Nora berkata, walaupun kecewa dia teruskan sesi temu duga itu untuk memastikan kata-kata pekerja itu benar dan ketika ditemuduga ternyata dia diminta untuk menanggalkan tudung serta memakai skirt hari tertentu.
Sementara itu hasil pemeriksaan di dalam laman web PPIM mendapati, syarikat tersebut adalah Foto- Zzoom.
c copy
Laman web berkenaan ada meletakkan beberapa keping gambar syarikat berkenaan.
Kita menuntut Foto-Zzoom untuk memberi penjelasan mengenai perkara ini kerana ia merupakan perkara yang serius.
Kita tidak pernah dengar mana-mana syarikat  yang memaksa pekerjanya yang bukan beragama Islam untuk memakai tudung atau menutup aurat justeru kita tidak mahu pekerja Islam dilayan sebegitu rupa.
JANGAN TELUNJUK NAIK KE MATA!

my-newshub
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
July 4, 2013 at 6:51 PM

Syarikat tak reti bersyukur ke dah dapat kebenaran buka kedai di negara Islam? mana bahagian kerajaan yang bertanggungjawab dalam isu2 sebegini? jangan ingat nak buat untung saja, mentang2 mereka bayar cukai itu ini.. bagi org islam buka kedai lagi bagus dari org bukan islam yang tak reti hormati agama lain.

Anonymous
July 4, 2013 at 11:05 PM

Masukkan dlm senarai boikot!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger