Label 10

Home » , » Anwar Wajib Di Siasat Dengan Segera !! - Ahli Parlimen

Anwar Wajib Di Siasat Dengan Segera !! - Ahli Parlimen

Written By AAKJ on Thursday, July 4, 2013 | 6:00 PM



Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng menjelaskan, pendedahan beliau mengenai dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank luar negara adalah untuk mendapatkan pengesahan sama ada berlaku atau tidak campur tangan asing dalam politik negara.

Menurut Teck Meng, campur tangan asing adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan dan memerlukan siasatan telus bagi menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.

"Saya memberi contoh bagaimana Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mendapat dana asing dan bagaimana bekas Naib Presiden (Indonesia), Jusuf Kalla yakin ada kuasa asing dan syarikat-syarikat luar yang memberi dana untuk perhimpunan bantahan.

"Dalam internet juga ada tuduhan Anwar memiliki 20 akaun di luar negara yang berjumlah ratusan juta semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan sembilan akaun itu berada di Israel National Bank, Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel jadi apa kaitan Anwar dengan Israel?

"Isu-isu campur tangan asing ini yang saya minta penjelasan dan jawapan konkrit dari kerajaan, sekiranya benar ada kuasa ketiga hendak menumbangkan kerajaan, kita tidak boleh memperlekehkan perkara keselamatan dan kedaulatan ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Teck Meng menggemparkan sidang Dewan Rakyat apabila membuat pendedahan berhubung dakwaan Anwar mempunyai 20 akaun di luar negara dengan jumlahnya mencecah RM332 juta.

Tegas Teck Meng, tindakan pembangkang yang mahu mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen atas pendedahan itu adalah bertujuan menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan mengenai campur tangan asing dalam politik di negara ini.

"Saya mendapat maklumat daripada internet, Anwar boleh cakap benda ini tiada dalam WikiLeaks tetapi saya memohon siasatan daripada kerajaan mengenai campur tangan kuasa asing dalam politik di negara ini," katanya yang turut bimbang kuasa asing ada kaitan dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Katanya, beliau tidak gentar untuk dihadapkan ke jawatankuasa itu namun, perkara yang lebih utama adalah tindakan kerajaan untuk menyiasat dakwaan tersebut bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Aakj : Bagaimana dengan pendirian Ahli Parlimen BN yang lain ?..takkan nak sorang ni je Ahli Parlimen yang ada telor..wajib konsisten sebab anwar bangkai ni banyak sangat kes yang cuba d sembunyikan..


Liwat..langgan pelacur..zina..tuuuiHHH !! nak kita benarkan ini semua ?
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger