Label 10

Home » , » Selangor : Pembuangan Sisa Tanah Di Lindungi Gangster Dap ?

Selangor : Pembuangan Sisa Tanah Di Lindungi Gangster Dap ?

Written By AAKJ on Thursday, July 4, 2013 | 7:00 PM


KLANG - Kegiatan pembuangan sisa tanah di Jalan Keretapi Lama, KU4, sejak dua bulan lalu menimbulkan kemarahan penduduk kerana menyebabkan jalan utama ke rumah mereka rosak.

Penduduk, Sa’ani Abdul Jalil, 55, berkata, kehadiran jentera berat menggunakan jalan sempit ini telah memberi masalah kepada penduduk.

Menurutnya, jalan kira-kira 500 meter ini laluan alternatif digunakan penduduk ke lokasi lain selain dari menggunakan Jalan Kapar.

“Setiap hari, ratusan lori entah dari mana keluar dan masuk menggunakan jalan ini menyebabkan pencemaran udara berpunca daripada jalan berdebu khususnya pada musim panas.

“Masalah debu semakin serius ini membahayakan kesihatan penduduk selain menjejaskan peniaga di kawasan berhampiran,”

Menurutnya, penduduk terpaksa menutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan debu masuk ke rumah.

Sa’ani berkata, perniagaan kedai pakaian miliknya tidak mampu beroperasi disebabkan masalah tersebut.

“Saya terpaksa menutup kesemuanya menggunakan kanvas bagi mengelakkan terkena debu dan akan dibuka jika pelanggan mahu melihatnya.

“Kehadiran lori besar ini juga membataskan kegiatan anak-anak untuk bermain di petang hari,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati keadaan jalan itu bukan sahaja membahayakan pengguna terutama penunggang motosikal, malah kepada pelajar yang menjadikannya laluan utama berulang-alik dari sekolah ke rumah.

Mereka sangat terdedah dengan risiko bahaya apabila terpaksa melalui jalan rosak berlubang ini selain berkongsinya dengan kenderaan berat.

Sementara itu, penduduk, Thurairajan berkata, jalan itu sebelum ini rosak telah dibaiki, namun kehadiran lori kembali merosakannya.

“Perkara paling merisaukan penduduk apabila turut mengakibatkan sistem perparitan di sini rosak berikutan laluan digunakan mendap.

“Andai tidak diatasi segera boleh menyebabkan longkang di sini pecahnya sekali gus memutuskan laluan menghubungkan Sementa dengan Kampung Rantau Panjang ini,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger