Label 10

Home » , » PRK Kuala Besut: Anwar Tunjuk Sifat Munafik Maksima !!

PRK Kuala Besut: Anwar Tunjuk Sifat Munafik Maksima !!

Written By AAKJ on Wednesday, June 26, 2013 | 10:11 PM


Anwar - PRK DUN Kuala Besut



Mati-mati penulis ingatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan mendiamkan diri dan mengelak dari mengulas kekosongan DUN Kuala Besut yang mana akan ada PRK dalam masa terdekat berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar akibat sakit kanser paru-paru.

Telahan itu berasaskan andaian yang Anwar ada sedikit rasa malu selepas gagal dalam propagandanya melalui kempen Blackout 505 untuk membantah SPR di mana Anwar dan pemimpin PR yang lain akhirnya akur mengiktiraf keputusan PRU-13 dengan menyertai majlis angkat sumpah sebagai AHli Parlimen.

Rupanya telahan penulis meleset apabila baru beberapa jam Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar pergi menghadap Illahi, Anwar mencatatkan rekod sebagai antara pemimpin PR yang terawal mengalu-alukan PRK DUN Kuala Besut.

“Saya anggap PRK kali ini kritikal kerana majoriti yang diperolehi Umno pada kerusi tersebut agak memberangsangkan.

“Bagaimanapun situasi ini tetap memberi peluang yang baik untuk PAS menempah kemenangan pada kekosongan itu.

“Pakatan akan sokong calon yang akan diletakkan PAS,” itu kata Anwar sebagaimana petikan dari portal KeadilanDaily.

Tarikh PRK DUN Kuala Besut belum pun ditetapkan bila, tapi Anwar sudah serlahkan kebolehan dirinya untuk bila-bila masa boleh menjadi politikus hipokrit.

Memang dasar lidah bercabang betul, jenis tak tahu malu. Bantah SPR dan tuduh pilihan raya kotor dan tidak telus tapi di masa yang lain bila menang boleh pula pergi angkat sumpah.

Hipokrasinya mengalahkan politikus ala-Machiavelli, sambil membuat tohmahan jahat dan menyebarkan propaganda anti SPR kini bila ada PRK DUN Kuala Besut terus sahaja bersungguh-sungguh untuk menyokong PAS dalam PRK DUN Kuala Besut.

Himpunan Blackout 505 di Padang Merbok sebagai bantahan terhadap SPR belum pun genap seminggu tapi ia nampaknya tak menjadi masalah untuk Anwar berubah pendirian dengan menyokong pula penyertaan PAS dalam pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.

Untuk satu abad mendatang, kita kena akui gelaran raja hipokrasi dan bapa sandiwara sememangnya akan kekal milik Anwar Ibrahim. Tiada makhluk atas dunia ini yang mampu memiliki gelaran itu, ia hanya untuk Anwar dan hanya Anwar saja yang layak menggondolnya.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 27, 2013 at 12:51 AM

itulah org yg gila kuasa..kuasa dimata berkuasa di hati

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger