Label 10

Home » , » Final FA ; Ulat Penjual Tiket Di Kelantan Di Kenal Pasti

Final FA ; Ulat Penjual Tiket Di Kelantan Di Kenal Pasti

Written By AAKJ on Wednesday, June 26, 2013 | 9:09 PM

Piala FA

Tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu ini turut dijual ‘ulat tiket’ di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini hari ini.
Skuad The Red Warriors bakal bertemu Harimau Selatan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 8.45 malam.
Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati ada segelintir individu cuba mengaut keuntungan tinggi apabila menjual tiket pada harga RM60 berbanding harga asal RM40 dan harga itu dijangka meningkat menjelang perlawanan pada Sabtu ini.
Wartawan Bernama yang menyamar sebagai pembeli, mendapati ‘ulat tiket’ melakukan operasi mereka pada waktu pagi dan difahamkan sehingga malam dengan menjadikan gerai menjual pakaian di sekitar perkarangan stadium sebagai tempat beroperasi.
Seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Min dari Tumpat kesal kerana Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) tidak memantau kegiatan haram itu.
“Ketika tiket dijual semalam, saya antara penyokong yang datang awal beratur untuk mendapatkan tiket. Saya beratur sejak awal pagi bersama beberapa rakan tetapi kecewa kerana tidak sampai 15 minit kaunter dibuka, pengurusan Kafa umumkan tiket habis dijual.
“Hari ini, ketika sedang makan tengah hari di sebuah gerai di perkarangan stadium, saya nampak ada segelintir individu bukan sahaja menjual tiket secara haram malah pada harga tinggi untuk mengaut keuntungan,” katanya.
Semalam, kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang menunggu seawal 6 pagi berang apabila tiket diumumkan habis dijual dalam masa 15 minit.
Sementara itu, Presiden Kafa yang digantung Tan Sri Annuar Musa menulis di laman sosial Facebooknya bahawa beliau kesal dengan tindakan persatuan itu yang terus melayan permintaan daripada kelab penyokong yang membeli secara pukal walaupun tarikh tamat untuk tempahan tiket ialah pada 15 Jun lepas.
Anggota parlimen Ketereh itu turut dukacita kerana cadangan beliau supaya sekurang-kurangnya 8,000 tiket disimpan untuk jualan terbuka tidak dipatuhi Kafa. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger