Label 10

Home » » "Projek Babi Lebih Baik Dari Lembu" - Pakatan Haram

"Projek Babi Lebih Baik Dari Lembu" - Pakatan Haram

Written By AAKJ on Thursday, June 27, 2013 | 9:52 AM

Picture1

Akhirnya semasa di Mahkamah Tinggi, Teresa Kok membuka rahsia setelah bertahun-tahun mengajar para pecacainya berbohong dengan menuduh Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor sebagai perancang utama pembinaan ladang babi bernilai RM100 juta yang cuba dibangunkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebaik-baik sahaja mereka memegang kuasa pada Mac 2008.

Hanya setelah didesak dan terperangkap dengan jawapannya sendiri, akhirnya Teresa Kok yang merupakan Exco Kanan dari tahun 2008 sehingga 2013 mengakui bahawa sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri Selangor, perkara pertama yang mereka bincangkan ialah pembinaan dan mewujudkan Ladang Babi Mega bernilai RM100 juta di tanah yang terletak terlalu hampir dengan perkampungan Melayu.

Teresa Kok sebelum itu mengakui bahawa dia tidak mengiktiraf Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, sekaligus mengabsahkan segala prasangka dan tuduhan terhadapnya sebagai anti dan musuh Islam serta umatnya di negara ini.

Tiada sebarang suara dan pembelaan daripada para pecacainya yang juga merupakan penyokong tegar PAS dan PKR dalam mana-mana bentuk tulisan mereka. Bahkan kesnya di Mahkamah Tinggi dan perjalanan kes samannya ke atas Utusan Malaysia (M) Bhd berhubung artikel yang dikatakannya sebagai fitnah, seperti langsung tidak diberikan perhatian.

Para pecacai Pakatan kelihatan terlalu takut sekiranya butiran perbicaraan tersebut didedahkan kepada umum. Justeru, bagi mengurangkan impak daripada pengakuan Teresa Kok bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah raja kepada segala macam putar belit dan pandai menuduh orang lain, mereka tidak akan sama sekali membuat laporan walau sebaris ayat.

Ketika DAP muncul dengan idea membina ladang babi mega bernilai RM100 juta di Selangor atau lebih tepat lagi, berhampiran perkampungan Melayu, di Pulau Pinang pula, Lim Guan Eng yang menjadi Ketua Menterinya menyatakan bahawa Pulau Pinang tidak akan membenarkan pembinaan walau sebuah pun ladang khinzir dengan alasan kebersihan.

Tentangan demi tentangan yang dibuat oleh rakyat Selangor, khususnya orang Melayu yang amat prihatin dengan pencabulan hak mereka oleh DAP, akhirnya membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP Selangor, mengalihkan kesalahan tersebut kepada kerajaan negeri terdahulu yang dipimpin oleh Khir Toyo.

Khir Toyo telah membuat penafian tentang projek berkenaan namun Pakatan dengan penuh bijaksana terus menekankan perkara berkenaan manakala penafian yang dibuat oleh Khir Toyo pula, diperlekehkan. Para pecacai Pakatan Rakyat, mempunyai seribu satu macam untuk menjadikan penafian Khir Toyo sebagai bahan lelucon mereka.

Untuk membalas dendam kerana Melayu-Bumiputera mementang projek ladang babi mega yang dikatakan telah dirancang oleh Khir Toyo, maka DAP mencari-cari jalan terbaik untuk melepaskan kekecewaan mereka.

Akhirnya mereka melihat projek lembu fidlot sebagai bahan gantian sekaligus mengalihkan perhatian seluruh rakyat Malaysia daripada ladang babi mega di Selangor kepada syarikat fidlot kebangsaan yang dikatakan bermasalah dan telah merugikan wang rakyat Malaysia berjumlah RM250 juta.

Hilang sudah cerita ladang babi mega, timbullah cerita lembu fidlot dan syarikat yang menguruskannya. Yang dipertikaikan adalah Soft Loan yang telah digambarkan sebagai geran daripada kerajaan kepada syarikat menguruskan fidlot, NFCorps Sdn. Bhd. Cerita tentang lembu dan sistem fidlot menjadi isu utama membuatkan DAP hilang beban mereka daripada terpaksa menjawab berhubung ladang babi mega di Selangor.

Secara tidak langsung menjadikan BABI JAUH LEBIH BAIK BERBANDING LEMBU.

Sekarang, Teresa Kok sudah pun mengakui bahawa Pakatan Rakyat Selangor telah menfitnah Khir Toyo secara berterus-terang. Dari awal lagi Pakatan Rakyat memang berhajat menjadikan Selangor sebagai pengeluar daging babi terbesar di Malaysia kalau tidak pun di dunia.

Dalam hal ini, sewajarnya kita perlu berterima kasih kepada PAS dan PKR yang cukup menyokong kuat ladang babi mega di Selangor.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 27, 2013 at 4:27 PM

ni yg dikata nak didik islam kat dap..pok nik pok nik husam husam pas selangor sabu pakatan menyokong tindakan kafir..nak ternak babi tuduh org islam lain...ya Allah..jenis manusia apakah ini..

awal lagi tak iktiraf islam padahal dah tercatat dan tanah melayu telah islam sebelum moyang betina ni dtg.

sebab tu la dap kempen nak buat byk ladang babi jika menang..pas sokong pkr sokong.. bodohnya org islam sokong dap..bodohnya org islam sokong pakatan. dah buat ladang babi boleh halau org melayu secara halus.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger