Label 10

Home » , » Perbincangan Jusuf Kalla & Anwar Tidak Wajar Di Dedah - Karpal Singh

Perbincangan Jusuf Kalla & Anwar Tidak Wajar Di Dedah - Karpal Singh

Written By AAKJ on Sunday, June 30, 2013 | 12:00 PM


Pengerusi DAP, Karpal Singh berpendapat pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

Karpal berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

“Kenyataan yang dikeluarkan Jusuf boleh menjejaskan pakatan pembangkang dan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.

“Jika Anwar terjejas, ini juga memberikan kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Jusuf mendakwa Anwar mendapat dana besar daripada pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jusuf turut mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai imaginasi melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam PRU-13 lalu.

Mengulas lanjut, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Jusuf harus meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Anwar mendapat bantuan dana asing untuk menjalankan perhimpunan berkenaan.

“Beliau harus menyatakan rasa kesalnya kerana menuduh Anwar seperti itu," katanya.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 30, 2013 at 12:38 PM

Karpal Singh tak menyesal kah tuduh Anwar Ibrahim seorang peliwat? Dah bertaubat kah Karpal Singh?

Anonymous
June 30, 2013 at 4:30 PM

info pakatan tak boleh dedah.. kalau umno kerajaan semua boleh.... pembangkang putar belit spin di roll di fitnah semua boleh..tuiiii puiiii

kata telus....tuiiiiii kata bersih...tuiuiiii..
utk rakyat konon...tuiiiiii kapal karam tuuiii

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger