Label 10

Home » , » Lahad Datu : Nombor Telepon Milik Anak Tertuduh

Lahad Datu : Nombor Telepon Milik Anak Tertuduh

Written By AAKJ on Sunday, June 30, 2013 | 12:30 PM


Satu daripada nombor dalam perbualan telefon yang dipintas oleh polis adalah kepunyaan anak lelaki anggota polis yang dibicarakan kerana menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu ASP Ang Seow Aun, yang juga pegawai penyiasat kes, berkata nombor 0138888359 didaftarkan atas nama Mohd Esham Hassan.
“Berdasarkan siasatan saya, pemilik nombor itu ialah anak lelaki tertuduh,” katanya.
Ang memberi keterangan pada perbicaraan Detektif Koperal Hassan Ali Basari kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan daripada Supt Anwar Ahmad dari ibu pejabat Cawangan Khas di Bukit Aman untuk memintas perbualan telefon seorang anggota polis pada 15 Februari.
Beliau berkata, pintasan komunikasi itu diperlukan untuk memperoleh maklumat keselamatan dan memastikan hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.
Pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan 18 saksi.
Hakim P. Ravinthran menetapkan 4 Julai untuk mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan. – BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 30, 2013 at 4:37 PM

HUKUM BUNUH SEMUANYA... SEMUANYA PEMBUNUH... mana dia siasatan lahad datu.. sape pembelotnya....HOOIIIII AG... file diri hang ada kat Allah.... berapa byk hang nak bagi file hang kat Allah..byk sgt file org pakatan hang perap.... tak bergerak gerak.. berani mati hang ya.. dah tau pasti mati.. berjumpalah hang semua hakim peguam islam dgn Allah... bawak sekali file yg hang pegang..

mintaklah doa dr org kafir utk doa kan hang semua.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger