Label 10

Home » , » DAP Terus Putar Belit Isu Jonker Walk

DAP Terus Putar Belit Isu Jonker Walk

Written By AAKJ on Sunday, June 30, 2013 | 11:00 AM

DAP - Jonker Walk

Pakatan pembangkang terus memutarbelit fakta sebenar berhubung keputusan kerajaan Melaka membuka semula jalan raya di sekitar Jonker Walk pada setiap hari Sabtu dan Ahad semata-mata mahu memburuk-burukkan imej kerajaan negeri di mata masyarakat berketurunan Cina.
Meskipun telah diperjelaskan pembukaan semula jalan raya itu kepada lalu lintas bertujuan mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang serius di Bandar Hilir, tetapi pembangkang terus memperbesar-besarkan hal itu sebagai balasan Barisan Nasional (BN) terhadap pengundi Cina Melaka kerana mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron sengaja mahu menutup pasar malam Jonker Walk yang mempunyai kira-kira 300 peniaga dengan membuka kawasan itu kepada lalu lintas. Ini antara contoh yang paling teruk mengenai dendam politik dan tindak balas oleh BN selepas PRU13.
“Dakwaan Jonker Walk antara punca kesesakan trafik sama sekali tidak berasas. Bagaimana kerajaan BN boleh terus memungut cukai daripada orang ramai dan mendiskriminasi mereka hanya kerana mengundi calon dan parti pilihan mereka,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu Kit Siang kononnya meminta kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tidak mengamalkan politik balas dendam terhadap mana-mana pihak yang tidak mengundi parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS pada PRU13.
Media pada 25 Jun lalu melaporkan kerajaan Melaka sebagai menerangkan bahawa kerajaan negeri itu tidak pernah mengarahkan perniagaan di Jonker Walk ditutup bagi aktiviti penjualan pelbagai barangan cenderamata setiap hujung minggu.
Sebaliknya, Ketua Menteri, Datuk Idris Haron menegaskan kerajaan negeri hanya membuat keputusan membuka semula jalan raya di sekitar Jonker Walk yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.
“Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup.
“Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka,” terang Idris.

 – mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger