Label 10

Home » , » NGO Bantah Bantuan RM20 Juta Kepada SJKT

NGO Bantah Bantuan RM20 Juta Kepada SJKT

Written By AAKJ on Sunday, June 30, 2013 | 10:30 PM

NGO Bantah Bantuan RM20 Juta Kepada SJKT

Gabungan NGO Islam-Melayu mempertikaikan tindakan kerajaan memberi peruntukkan segera berjumlah RM20 juta untuk menaik taraf prasarana 13 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil terpilih di seluruh negara.
Gabungan NGO Islam-Melayu dalam satu kenyataan mendakwa tindakan itu menunjukkan kerajaan masih terus mendokong, membela serta membiayai sekolah vernakular dengan menggunakan dana awam.
“Ini merupakan `ancaman’ besar kepada usaha menobatkan Perlembagaan Negara dan menyatupadukan rakyat di bawah sistem sekolah satu aliran.
“Kewujudan sekolah vernakular di negara ini selama lebih lima dekad bertentangan dengan Artikel 152 Perlembangaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” dakwa kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu turut menyebut ahli Dewan Rakyat yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 Jun lalu berjanji akan melindungi dan mempertahankan Perlembagaan maka ia perlu diterjemahkan di dalam bentuk perbuatan dan komitmen yang bersungguh-sungguh.
Justeru Gabungan NGO Islam-Melayu mengulangi saranan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah supaya semua sekolah vernakular iaitu SJK Cina dan SJK Tamil di jenamakan semula sebagai sekolah kebangsaan.
Ia bagi membolehkan semua murid sekolah rendah dan menengah pelbagai kepercayaan, budaya dan kaum belajar di bawah satu bumbung serta melakukan segala aktiviti berkaitan persekolahan sebagai satu masyarakat muhibbah yang bersatu padu demi menjamin kemakmuran negara yang kini berhadapan cabaran getir.
Dakwa kenyataan itu, sistem pengasingan melalui pelbagai aliran terbukti gagal malah membahayakan perpaduan masyarakat majmuk dan keselamatan negara maka langkah drastik dan berani perlu diambil kerajaan sekiranya nasib dan masa depan negara diutamakan dan rakyat perlu bersikap terbuka menerima perubahan itu.
“Cadangan ini pada pandangan kami adalah amat bersesuaian dan praktikal untuk dilaksanakan segera tanpa memerlukan kos pengisian dan infrastruktur yang besar,” dakwa kenyataan itu lagi.
Media pada 28 Jun lalu melaporkan sebanyak 13 buah SJK Tamil telah terpilih untuk menerima peruntukan segera berjumlah RM20 juta untuk menaik taraf prasarana sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan dipetik berkata, peruntukan di bawah Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah-Sekolah Tamil itu akan membabitkan kos antara RM50,000 hingga RM4.5 juta bagi setiap sekolah.

mynewshub
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 30, 2013 at 11:58 PM

apo nak dikato najibbbbbbb.. apa yg kau dah buat bertentangan dgn kehendak pengundi melayu yg undi kauuuuuu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger