Foto : Stadium Bukit Jalil Di Rempuh Ceroboh Salah Siapa ?!!
Akhirnya Kelantan berjaya pertahankan juga piala FA dari berpindah ke Johor ! Tahniah..dengan kemenangan 1-0 malam tadi. Yang pasti Harimau Selatan letih nak 'makan' rusa..
Aakj cuma nak lontarkan kepelikan yang berlaku dalam setiap perlawanan 'besar' atau akhir sesuatu Piala d Malaysia..peliknya bila TIKET kononnya tak cukup..TIKET dapat kat Ulat Bulu atau Lintah Darat lebih awal dari penonton yang begitu teruja nak tengok negeri atau pasukan mereka beraksi.
Begitu juga terjadi pada TIKET d final Piala FA yang berakhir semalam..beberapa hari sebelum malam Final FA, TV3 dan TV lain juga paparkan kisah bagaimana kecewanya penyokong Kelantan yang tidak mendapat TIKET..hinggakan terpaksa berebut macam manusia hilang akal hanya untuk dapatkan sekeping TIKET final.
Ada adengan berasak..ada adengan pengsan..ada adengan koyak TIKET..malah semua adengan yang d paparkan pada Rakyat Malaysia menunjukkan 'kadar penurunan' ketara tahap profesional pengurusan A-Z BOLASEPAK NEGARA ! Malaysia bukan 'muda' dalam usia pengurusan Bola sepak...amat memalukan !
Cuba tengok foto d atas..ni yang terbaru cara nak masuk Stadium Bukit Jalil tahun ini..rempuh pagar dan panjat pagar..no more pikir hal keselamatan kerana yang mengawal keselamatan tak cukup orang d Stadium malam tadi.
Malah ada lagi pesta bakar bunga api..malah yang amat memalukan bila ada lagi penyokong yang amat bingai bawa BENDERA PARTI untuk d kibarkan dalam stadium...
Siapa yang nak kita salahkan ?
Post a Comment