Label 10

Home » , , » Michelle Yeoh Antara Penerima Pingat

Michelle Yeoh Antara Penerima Pingat

Written By AAKJ on Saturday, June 1, 2013 | 7:00 PM

Pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh, 49, adalah antara personaliti seni yang menerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2013 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sabtu.
Pelakon filem James Bond ‘Tomorrow Never Dies’ itu adalah penerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Pereka kasut terkenal antarabangsa Datuk Jimmy Choo dan pereka fesyen yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Zang Toi masing-masing dianugerahkan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.
Pakar bahasa, Prof Dr Awang Sariyan, yang merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, turut menerima darjah PJN.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger