Label 10

Home » , , » Barisan Nasional Payung Rakyat

Barisan Nasional Payung Rakyat

Written By AAKJ on Saturday, June 1, 2013 | 6:00 PM





Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar mengenai keretakan pertautan nasional dan timbulnya rasa terpinggir dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia, dan komited untuk menangani cabaran itu.

Perdana menteri berkata situasi itu berlaku akibat polemik nasional yang bersandarkan kepercayaan, ras, pegangan politik, demografik bandar, luar bandar dan kelas.

Najib bagaimanapun berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akur bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang menyokong mereka ataupun tidak susulan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan BN kembali menerajui kerajaan persekutuan.

"Kerajaan Tuanku ialah kerajaan yang menjadi payung kepada setiap rakyat Malaysia," tegas beliau dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger