Label 10

Home » , , » Fokus Tingkat Kualiti Tadbir Urus Kerajaan

Fokus Tingkat Kualiti Tadbir Urus Kerajaan

Written By AAKJ on Saturday, June 1, 2013 | 8:00 PM





Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, meningkatkan kualiti tadbir urus dan integriti merentas semua segmen merupakan antara bidang tumpuan baharu kerajaan.

Perdana menteri berkata selain itu, kerajaan akan memperhebatkan usaha memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Najib berkata untuk membuktikan keseriusan iltizam kerajaan dalam menangani isu tadbir urus, integriti dan rasuah, kerajaan telah merangka sebuah pelan integriti yang bersifat merentas batas dan menyeluruh.

"Butiran mengenai pelaksanaan khusus pelan ini akan saya umumkan dalam masa terdekat," katanya ketika menyampaikan ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger