Label 10

Home » , » Kenyataan Nazir Bukan Pendirian Najib

Kenyataan Nazir Bukan Pendirian Najib

Written By AAKJ on Friday, June 14, 2013 | 1:00 PM


Nazir Azran image_1



IBARAT bulan jatuh ke riba, majoriti balaci pembangkang mempromosi habis-habisan kenyataan CEO CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak kelmarin yang secara terbuka menyokong CEO Air Asia X, Azran Rani Othman yang bulan sudah mengecam akhbar Utusan Malaysia dan menyifatkannya sebagai akhbar rasis lanjutan penyiaran artikel bertajuk “Apa Lagi Cina Mahu” pada 7 Mei yang lepas.

Status Nazir sebagai adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah dorongan kepada promosi besar-besaran tersebut. Walhal dalam banyak hal sebelum ini, pembangkang menjadi Nazir sebagai batu loncatan untuk mengutuk Najib terutama dalam soal gajinya di CIMB.

Inilah politik, kalau ada peluang nak mengutuk, kutuk sajalah sekalipun bercanggah dengan banyak pandangan sebelumnya.

Walaupun begitu, yang para balaci ini terlupa, di Malaysia dan dimana-mana tempat dalam dunia sekalipun, perbezaan pandangan politik antara adik beradik, waima anak dan bapa di negara ini adalah satu perkara yang biasa dan lumrah, tidak ada apa yang perlu diheboh-hebohkan.

Bukan balaci tak tahu, Ahli Parlimen Shah Alam, si Khalid Samad dan Ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Seri Shahril Samad pun adik beradik, walaupun satu UMNO dan satu PAS. Tapi sebab yang terlibat ini Najib, itu yang syok sangat mengutuk tu ya.

Lagipun, adakah satu undang-undang di dunia yang mengatakan kalau abang sokong A, adik beradik juga mesti sokong A? Inilah yang dinamakan bodoh tidak bertempat.

Dalam sibuk-sibuk pembangkang mempromosikan kebebasan bersuara dan semua yang berkaitan dengannya, fahaman di kalangan balacinya pula sangat berbeza.

Kerja Pembangkang


Yang pasti dan paling penting sekali, kenyataan Nazir itu tidak mewakili pendirian Najib.

Najib seperti yang kita semua tahu, menyokong artikel tersebut kerana ia lebih berbentuk pertanyaan yang direkayaksakan sebagai isu perkauman oleh parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP. Hakikatnya, artikel tersebut juga adalah jauh lebih baik dari artikel-artikel akhbar Cina menjelang PRU lepas.

Sokongan Najib itu yang penting kepada orang Melayu dan ahli UMNO, sebab seperti yang kita semua tahu Melayu adalah antara kelompok terbesar yang memastikan kemenangan BN dalam PRU13 yang lepas.

Kalau Nazir nak ada pendirian berlainan dan menyokong Azran, itu apa ada kaitan dengan Najib?
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 14, 2013 at 5:08 PM

aku mlayu rasis...siapa saje yang mjejaskan mlayu tetap aku baikot wlaupun dia mlayu ke..adik ahli politik ke...taikun mlayu ke...sdara aku ke...baikot tetap baikot....sbb spatutnya mlayu bela mlayu bkn mlayu mrosakkan dan mjatuhkan mlayu...

Anonymous
June 15, 2013 at 1:00 PM

kononya inilah cara pemikiran golongan melayu elitis....rosak org melayu kerana mereka inilah...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger