Label 10

Home » » "Pemimpan Pas Kayuh Basikal Siang & Malam" - Husam Kambing

"Pemimpan Pas Kayuh Basikal Siang & Malam" - Husam Kambing

Written By AAKJ on Friday, June 14, 2013 | 12:00 PM


Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Exco kerajaan negeri, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan pakatan pembangkang malam tadi, dengan mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Dalam ucapannya, Husam turut menyindir pemimpin Pas yang menjadi Ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.

"Pada saya mana-mana pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan ini membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN), saya kena berterus terang di sini. 


Bayangkan kalau kita tidak kuat kita dianggap angkuh membelakangkan saudara-saudara kita, kalau dalam perang saudara-saudara kita berlumuran darah hasil penipuan tapi kita berdiam diri kerana memang kita pengkhianat.

"Kita harus mencetuskan perubahan politik dalam negara, jangan kerana kita baru menang kerusi Parlimen, mentadbir negeri, kita lupa kepada asal-usul perjuangan kita.

"Kita ada wakil rakyat, dia kayuh basikal siang malam, Parlimen akan bersidang kita nak tengok Ahli Parlimen kita daripada Pas dia kayuh basikal dalam Parlimen nanti, kalau luar Parlimen dia boleh kayuh bukan main hebat, dalam Parlimen kita nak tengok, anda semua akan disaksikan oleh rakyat.

"Kalau pemimpin kita tidak hadir bersama dalam kebangkitan ini mereka telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pemimpin kita dahulu. Kalau kita berjaya menghimpun orang Cina sehingga berpuluh ribu tetapi pemimpin kita pula tidak ada, ini adalah satu pengkhianatan," katanya ketika berucap pada perhimpunan itu.

Perhimpunan tersebut yang diadakan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini, turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta beberapa pemimpin Pas dan PKR yang lain.

Himpunan itu yang ditunjangi Anwar bukan sahaja mendapat kritikan daripada rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya tidak dipersetujui oleh ramai pemimpin Pas terutama Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang lantang menentangnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat melalui laman facebook pada 20 Mei lalu menganggap himpunan itu sebagai perbuatan yang 'gopoh', justeru mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya mengakui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu dimenangi oleh BN dan kekalahan kepada pakatan pembangkang telah ditakdirkan Allah.

Selain itu, dalam nada sinis, Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa 'kencing manis akibat janji manis bergula' Anwar.

Selain Nik Abduh, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam kenyataannya turut meminta rakyat menolak sebarang perhimpunan haram sekiranya didapati boleh membawa masalah, kemusnahan serta mencetuskan huru-hara kepada negara.

Share this article :

+ comments + 6 comments

Anonymous
June 14, 2013 at 12:38 PM

Husam husam..lu tu dan beberapa ulamak petinggi pas memang konco konco dap dan nuor..ditanggung dap gamaknya..

Bukan perjuangan anak muda tapi anak mudah dah diperbodoh oleh nuor dap and geng. Bukan main hebat dpt kumpul org cina. Tapi kalau ada anak muda Melayu kena tangkap..org cina dan hang semua pi mana.. Anak muda Melayu tu dah sedo dgn sihir mulut nuor dap and geng.

Dah sedo juga akhirnya anak Melayu pakatan kebohongan nuor and geng.. Ooiii husam kambing anak muda cina tu berkumpul ada tujuan..hang pun tau..jgn bodohkan org lagi.. Cina tu nak rampas kuasa bongokkkkkk

Nuor dan hang memang tak peduli..asal masyukkkk...tanah tergadai pun takpe..sekarang ni nuor dan hang yg wajib digadai hah hah hah

Anonymous
June 14, 2013 at 2:27 PM

Tu lah melayu2 bangsat ni nk bagi semua kuasa kat kapir cina ker demi sekelumit pujian dan habuan. Betapa bodohnya mereka!!!

Anonymous
June 14, 2013 at 7:48 PM

Dua anon mangkuk ayun di atas cina baru berapa ekor kat malaysia ? Mcm mana diorg boleh rampas kuasa ....

Anonymous
June 14, 2013 at 9:34 PM

Ha ni mangkuk ayun pinggan terbang.. Memang berapa..pandai hang panggil ekor..sesuai bebenor la cina tu dipanggil ekoq kahkahkah tu menunjukkan manusia berhati binatang...

Ooooiii besen ayun..pas corot..dap byk menang..mata hang buta ke dap kafir control pas...main angguk semua..ikut aje..exco selangor dap kahkahkah..yg menang pas..apasal beri kat pkr.. Penang jgn cakap la hancusss pas buat apa..hahhahhag..kedah..bagi dap korek bawak ke penang...lagi parah..

Tak kan kalimah Allah main angguk aje dgn dap. Tak kan kena hentam dgn lge..pas diam aje...kecut ke
Dlm meeting pakatan..pas kena hentam diam aje..kecut ke..

Uitm nak dihapus dileceh dap...diam aje. Nabi Muhammad dihina diam aje. Bolehke org pas bela Melayu penang.. Mengapa tak bantu Melayu Penang.. Pergi la cakap kat sekutunya.. Exco bahagian penang pun dah takde.. Bahagian agama pun takde..parah
ANGGUK SAJE..

Ooooiiii jadi babu dap aje la..Parti Angguk Saje pas

Anonymous
June 14, 2013 at 9:40 PM

Hang tak baca perjanjian nuor dgn cina. Dua tahun aje jadi pm..lepas tu beri kat dap lge..jgn kita bongok..walau berapa ekoq..tapi boleh rampas kuasa..pas selalu ikut aje setuju aje..tengok selangor...

Anonymous
June 15, 2013 at 1:02 PM

husam dah tahu nasib dia dalam muktamar pas nanti..golongan pro anwar akan disingkirkan..nik aziz pun dah xder kuasa dah dalam pas :)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger