Label 10

Home » » woOOO !! Caj Parking Kereta Naik Di Shah Alam !!

woOOO !! Caj Parking Kereta Naik Di Shah Alam !!

Written By AAKJ on Thursday, May 30, 2013 | 2:00 PM


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam.
 
Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd. Atan berkata, kenaikan itu wajar dilakukan memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenalkan sejak 1998 dan kadar baharu itu akan berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.
 
"Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa dan status Shah Alam sebagai bandar raya," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini hari ini.
 
Beliau berkata MBSA juga akan mengadakan program kutipan kompaun tempat letak kereta yang menawarkan potongan 80 peratus, bermula 10 Julai hingga 7 Ogos depan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.
 
Katanya, tunggakan kompaun letak kereta kini berjumlah RM9 juta dengan tiga kawasan mencatat jumlah tertinggi iaitu Seksyen 9, Seksyen 13 dan Seksyen 25.

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 30, 2013 at 7:22 PM

Dengartu tak sesuai lagi...ketinggalan zaman..
La ni zaman pakatan...lima tahun lepas pun dah byk kejutan...nanti lima tahun ke depan lagi byk kejutan....cengceng cengceng dungdung ceng

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger