Label 10

Home » , » Terkini : 2 Lagi Pemimpin Pembangkang Didakwa Di Mahkamah

Terkini : 2 Lagi Pemimpin Pembangkang Didakwa Di Mahkamah

Written By AAKJ on Saturday, May 25, 2013 | 4:42 PM


Propaganda Pakatan Pembangkang dengan demo-demo haram post-PRU13 mereka bakal terbantut dan tidak menjadi apabila lebih ramai lagi yang didakwa dan dipanggil pihak polis.

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dijangka akan didakwa Isnin depan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) berkaitan satu perhimpunan selepas pilihan raya di Ipoh dua minggu lalu. 
Selain Su, Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir pada hari Isnin untuk didakwa di bawah undang-undang yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari yang ama. 
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pemimpin DAP itu mengesahkan perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei. 
Su berkata beliau akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) APA kerana didakwagagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan itu pada 9 Mei di Ipoh seterusnya
Lebih ramai lagi yang berdepan dengan tindakan undang-undang dek kebebalan mereka tidak mahu hormat kepada undang-undang.

Tambahan pularakyat Malaysia sudah muak dengan propaganda pakatan pembangkang dan lakonan Anwar Ibrahim yang berjanji akan undur diri daripada politik jika gagal menawan Putra Jaya.

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger