Label 10

Home » , , » Saiful Bukhari & Nik Suryani Sah Sebagai Suami Isteri ! Foto

Saiful Bukhari & Nik Suryani Sah Sebagai Suami Isteri ! Foto

Written By AAKJ on Saturday, May 25, 2013 | 4:40 PM


Selepas kira-kira lapan bulan menjalin pertunangan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28, yang terlibat dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman, 33, di Masjid Kristal, Pulau Wan dekat sini hari ini.

Mohd. Saiful sah menjadi suami kepada personaliti TV3, Nik Suryani dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 100 orang termasuk ibu bapa kedua mempelai serta rakan rapat mereka.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh jurunikah negeri, Datuk Ismail Ali pada pukul 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM 41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.

Mohd. Saiful yang mengenakan persalinan berwarna putih sedondon dengan Nik Suryani dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu.

Pada sebelah malam, majlis resepsi pengantin perempuan pula akan diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man malam ini sementara resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 2 Jun depan.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 25, 2013 at 5:05 PM

Bahagiakan pasangan ini Aminnn

Kurniakan anak anak yg comel. Aminnnn

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger