Label 10

Home » , , » Tamrin, Tian Chua & Haris Dibebaskan

Tamrin, Tian Chua & Haris Dibebaskan

Written By AAKJ on Friday, May 24, 2013 | 8:03 PM


Tian Chua


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan dua lagi aktivis pembangkang yang ditahan tengah hari semalam selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam siri ceramah mereka pada 13 Mei, dibebaskan petang ini.

Ketiga-tiga mereka termasuk anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar dan Pengerusi Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim dibebaskan selepas Majistret Norashikin Sahat mendapati pihak polis tidak menyatakan individu khusus yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam ceramah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata majistret juga menolak usul penahanan reman ke atas ketiga-tiga mereka selepas mendapati tiada sebarang siasatan dijalankan dalam tempoh 24 jam ke atas Tian Chua, Tamrin dan Haris berhubung ceramah berbentuk hasutan anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), di sini
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
May 24, 2013 at 8:32 PM

Aku rasa majistret ni penyokong pembangkang.Kesalahan berat macam ni dia lepaskan.Baru sehari dok dalam lokap mana cukup.Kalau tang Papagomo boleh pula sampai seminggu. Peguam negara kena berhati-hati kerana tak semua majistret sokong kerajaan.

May 24, 2013 at 8:50 PM

Ni yang aku risau bila ada hakim yang cenderung PR dan apa kena dgn siasatan polis terhadap 3 penghasut ni..tak cukup bukti ke? Walhal dlm ceramah mereka mahu gulingkan kerajaan..

Anonymous
May 24, 2013 at 8:51 PM

sepupu aku hakim kanan, himpunan bersih pun dia join senyap2... Lebih separuh lawyer yg aku kenal sokong pembangkang...

Anonymous
May 24, 2013 at 9:36 PM

Semua hakim dan peguam lepas di dunia tersangkut di akhirat. Mereka akan diadili dulu kerana mengetaui hukum lebih dr org lain. Yg beragama Islam pasti memahami.

Gaji anda telah tinggi..belum cukup? Jika anda Melayu..anda pasti semua keluarga saudara mara anda terjamin hak Melayu dihargai sekiranya kekuasaan beralih ke cina.

Pkr..tak mencermin sepenuhnya Melayu
Pas..mudah kalah dlm mengambil keputusan..seperti pak turut ke cina
Dap..dah pasti merampas kuasa hak MELAYU

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger