Label 10

Home » , , » Ditembak Di Pagar Masjid Semerak

Ditembak Di Pagar Masjid Semerak

Written By AAKJ on Friday, May 24, 2013 | 8:20 PM


Maut Ditembak


Memilukan apabila seorang peraih ikan yang baru selesai solat Isyak berjemaah mati ditembak sebaik keluar dari pintu pagar masjid dalam kejadian di Masjid Nurul Anuar (MNA) di Kampung Pachakan, Dalam Rhu, Semerak, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Zahari A Razak, 57, ditembak sekurang-kurangnya lima das dan tembakan itu terkena rusuk kiri ketika memandu kereta jenis BMW untuk pulang ke rumahnya yang terletak hanya satu kilometer dari masjid.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat.

Rakan mangsa, Rajab Yusoff, 53, berkata, dia melihat kereta dipandu mangsa tiba-tiba ‘melencong’ ke arah kanan sebaik melewati pintu pagar masjid sebelum terbabas ke kawasan lapang bersebelahan masjid.

“Saya terus bergegas mendapatkan Zahari yang juga AJK masjid sebelum terkejut melihat dia terkulai di tempat duduk pemandu dalam keadaan berlumuran darah.

“Walaupun panik, saya berusaha menyelamatkannya, namun, sebaik mendapati Abang Haji semakin `nazak’, saya terus mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui di pekarangan masjid
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger