Label 10

Home » , , » Rita : Tiga Tahun Tunggu Pembunuh Sosilawati Dihukum

Rita : Tiga Tahun Tunggu Pembunuh Sosilawati Dihukum

Written By AAKJ on Friday, May 24, 2013 | 4:00 PM



Selepas menunggu hampir tiga tahun, Erni Dekritawati Yuliana Buhari (Rita), 28, amat berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas empat orang termasuk bekas peguam N.

Pathmanabhan yang didapati bersalah membunuh ibunya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.

Kini dalam tangis di hati, Rita mampu mengukir senyum penuh puas. Keputusan mahkamah membela kematian ibunya.

*******
Sudah terlalu kerap air mata ini menitis. Tak terhitung, Tak terkira.

Kematian ibu tiga tahun lalu benar-benar meruntun sukma. Jika tanpa iman di hati kami sekeluarga boleh hanyut dengan kesedihan. Tenggelam bersama kedukaan.

Namun qada dan qadar Tuhan kami lalui dengan tabah. Walau kalbu kami hancur akibat kehilangan ibu yang diragut nyawanya oleh si durjana-durjana hina itu, kami teruskan hidup dengan tabah. Kami rawat hati kami yang remuk redam dengan mengembalikan segalanya kepada takdir yang ditentukan ALLAH.

Ibu...
Tiga tahun ini hati Rita sering berteka-teki. Apa kesudahan di hujung perbicaraan di mahkamah? Terbelakah kematian ibu? Atau manusia berhati setan yang sanggup membunuh dan membakar mayat ibu tanpa dapat kami membelai, menyentuh dan mengucup pipi ibu sebelum ibu pergi selama-lamanya meninggalkan kami, akan mendapat balasan setimpalnya?

Kejam sungguh mereka pada ibu!

Kejam sungguh mereka pada kami!

Langsung mereka tidak mengizinkan kami untuk memandi, mengkafan dan menyemadikan jenazah ibu dengan sempurna!

Alhamdulillah ibu....

Hanya padaNYA kami semua mengucap syukur atas apa yang diputuskan mahkamah.

Ya ibu...mahkamah berpihak kepada kita sekeluarga.

Seperti terbalas segala air mata yang gugur ke bumi selama tiga tahun ini bila mendengar keputusan itu.

Ibu tahu...

Rita lewat hadir di Kompleks Mahkamah Shah Alam hari ini. Walau prosiding bermula jam 8 pagi, Rita hanya menjejakkan diri di sini sekitar jam 11.

Bukan Rita tidak mahu mendengar keputusan hakim. Tapi Rita terlalu takut. Rita bimbang, mereka yang menyakiti tubuh ibu itu terlepas bebas...

Kalau itulah keputusannya, Rita mungkin sukar untuk menerimanya. Semakin redamlah jiwa Rita jika berita itu yang masuk ke telinga.

Rita tiada kekuatan mendengar keputusan itu dibicarakan.

Ibu tahu... Selepas mendapat tahu keputusan memihak kepada kita, baru Rita bernadi 'mengeluarkan diri dari tempat bersembunyi!'

Syukur ibu, ALLAH lebih mengetahui perasaan kami semua. ALLAH lebih memahami penderitaan kami tanpa kasih sayang ibu sepanjang tiga tahun ini.

Selain memanjatkan syukur kepada ALLAH, tiada kata yang dapat Rita ungkap untuk menggambarkan kegembiraan di hati ini mendengar keputusan mahkamah memihak kepada kita.

Insya-ALLAH ibu. Dengan izinNYA dan semangat baru yang Rita dan adik-adik dapat daripada keputusan mahkamah hari ini kami bertekad untuk meneruskan legasi perniagaan yang sudah ibu bina dengan kukuh.

Terima kasih mahkamah. Terima kasih media. Terima kasih seluruh rakyat Malaysia yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada keluarga Rita selama ini.

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 24, 2013 at 4:30 PM

Syukur.. akupun rasa puas sangat dgn keputusan mahkamah ini! Keadilan telah terlaksana!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger