Label 10

Home » » Makanan Dalam Flight AirAsia Tak Halal ?

Makanan Dalam Flight AirAsia Tak Halal ?

Written By AAKJ on Wednesday, May 29, 2013 | 5:00 PM


Sebuah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Liga Lindungi Perlembagaan (Ligan) dalam satu kenyataan berkata, jabatan agama tersebut perlu mengesahkan status pensijilan halal berhubung kemudahan penyajian makanan dalam sektor penerbangan AirAsia di ketiga-tiga negara tersebut. 

"Ligan juga meminta Jakim menyiasat kedudukan pensijilan halal oleh badan yang didakwa tidak diiktiraf. 

"Kami meminta AirAsia menyatakan secara terang dan jelas tentang dasar syarikat tersebut berkaitan pensijilan halal di dalam mana-mana aspek operasinya, khusus penyediaan makanan," kata kenyataan berkenaan di sini hari ini. 

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta Jakim membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama. 

NGO itu turut meminta Jakim menyiasat pakej-pakej percutian yang dianjurkan AirAsia yang mereka percaya tidak mengambil kira aspek halal walaupun dijanjikan begitu di dalam promosi tersebut. 

Menurut kenyataan itu, selagi AirAsia tidak mengeluarkan jawapan rasmi, Ligan menggesa semua pengguna Islam memboikot makanan yang dijual AirAsia di dalam mana-mana penerbangannya. 

"Kami juga mengajak dan menasihatkan orang ramai untuk mencemuh AirAsia dalam kalangan kenalan dan masyarakat sehingga syarikat berkenaan memohon maaf berikutan sikap biadab mereka terhadap semua pengguna terutama yang pernah melalui pengalaman pahit dengan syarikat penerbangan itu," tegasnya. 


sumber
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
May 29, 2013 at 5:30 PM

Mcm mana nak kuatkan halal....staff pun bebas dah takde halal haram.....mengutuk org lupa diri akhirnya semakin byk aib yg dikeluarkan..

Tak pernah naik airasia..alhamdulillah selama ni naik MAS..mahal sikit tapi tak sakit hati.

Kami pernah mengalami kesukaran nak balik kg balik raya dr indo beberapa tahun lalu..tengah berbincang dtg pegawai mas bertanya masalah. Dia kata akan berusaha dan beri sedikit tempoh akhirnya kami dihubungi dpt atasi masalah. Tanpa dibayar dan tak kenalpun sebelumnya.. anak Melayu Malaysia ini membantu kami.

Bahkan kami pernah delay..walau ada yg merungut tapi kami semua tak dibiar...diberi makan dan tempat selesa..makanpun best..semua sama layanan....yg penting anak selesa.

Anonymous
May 29, 2013 at 11:18 PM

baikot....tak perlu kata apa apa...baikot tak perlu kata apa apa...

Anonymous
May 30, 2013 at 1:19 AM

Pengalaman mak aku ikut rombongan sek disember 2012... Ke bandung... Dah le flight delay lebih 12jam...leh pulak biar sume ronbongan dr perak dok lepak atas lantai n kerusi...mane yg bawa anak kcik memg kesian....sian gak gan mak aku &6 cgu veteran dh dkat 60 thun menunggu..dr delay 4 jam jd 7 jam...atlast adik pompuan aku dr shah alam dtg trus p ke kaunter air asia ngamuk gak la...kalo sesuke ati delay flight dorg kna tgjwb le sdiakn tempat utk landing bg rehat ke...ini leh buat bdoh je...gan travel agensi pun bdoh xmain pranan..nasib bek le adik aku yg berakal ni p sound airasia suh sdiakn htel bg group sek mak aku rehat kt htel..bygkn dr 2pg tgu flight yg xtba lg smp pkul 5ptg esoknye bru leh fly...bangang nye airasia!! 1st n last le mak aku fly gan airasia..1000x bgus lg mas dr airasia!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger