Label 10

Home » » Kerajaan Melayu Yang Hilang !! Episode II

Kerajaan Melayu Yang Hilang !! Episode II

Written By AAKJ on Wednesday, May 29, 2013 | 6:00 PM




Saloth Sar atau Pol Pot merupakan pemerintah de facto kemboja dari 1976 hingga 1979. Sebaik memegang kuasa, beliau terus memulakan dasar yang agresif dengan menempatkan semula penduduk kemboja ke kawasan luar bandar.

Semua tindakan itu menjurus ke arah fahaman komunisme. Bagi memastikan cita-citanya tercapai, Pol Pot menggunakan cara penghapusan penduduk kemboja yang dianggap sebagai cerdik termasuklah guru, penulis, pemuzik waima orang kampung yang buta huruf pun dibunuh kejam. Yang penting orang tersebut mempunyai ciri-ciri seorang bijak pandai.


Kekejaman Pol Pot bukan lagi rahsia yang perlu disembunyikan. Dari sekecil-kecil manusia hingga yang tua habis semua dibunuh dengan cara yang kejam. 

Segala bukti kekejaman ada tersimpan di kemboja sama ada yang diletakkan dalam almari kaca atau pun yang semulajadi. Bagaimana kepala bayi dan kanak-kanak dihentak di pokok yang penuh dengan paku hinggalah penyembelihan yang menggunakan pelepah pokok yang berduri. Bukan tentera Pol Pot tiada senjata moden untuk membunuh, cuma ingin menjimatkan peluru bagi kegunaan yang lebih besar.

Dipokok inilah kepala kanak-kanak dipukul dan dipecahkan

Timbul juga persoalan, mengapa wujud manusia yang sebegitu kejam dan zalim sesama bangsanya. Walhal jika difikir-fikirkan, cukup jika Pol Pot membunuh dalam jumlah yang kecil sebagai amaran agar jangan sesiapa menentangnya. Dalam masa tiga tahun, kekejaman Pol Pot telah mengorbankan tiga juta mangsa yang tidak bersalah. Dengan jumlah tersebut Pol Pot dapat memaksimakan lagi kekuatannya pada masa depan. 

Dapat dirasakan ada sesuatu yang Allah tidak berkenan lantas diturunkan ujian dan bala sedemikian rupa. Ianya seolah-olah ada kaitan dengan agama Islam terutamanya yang dipermainkan demi satu kehidupan.

Ternyata telahan penulis tidak tersasar. Di sana wujud perkahwinan campur antara Buddha dan Islam dan ianya masih lagi berjalan hingga sekarang. Masyaallah...apa dah jadi. Namun, apa pun janji Allah adalah benar. Jika tidak diakhirat, di dunia lagi telah diberinya azab. Itulah yang terjadi di bumi Khmer. 

Allah sekadar memberikan peringatan kepada generasi masa kini agar jangan sesekali mempermainkan Islam yang suci mengikut caturan masing-masing. Diantara tiga juta mangsa yang dibunuh, orang Islam mengisi sebahagian darinya.

Pelepah kepala laut yang berduri digunakan untuk menyembelih

Allah juga ada berfirman antara maksudnya...'Aku tahu apa yang engkau tak tahu'. Hikmah setiap kejadian pasti ada cuma barangkali diluar jangkauan kita sebagai manusia biasa. Buktinya, Kemboja yang dulunya asing bagi orang luar, kini berubah wajah menjadi destinasi pelancong yang ingin melihat sendiri kesan kekejaman tentera Pol Pot. Dan dengan kehadiran jutaan pelancong setiap tahun, membuka satu lembaran baru kepada Kemboja mengatur ekonomi untuk kesejahteraan semua rakyatnya.

Yang bersalah Allah telah pun menunjukkan jalannya, generasi baru hendaklah mengambil iktibar dengan hati yang ikhlas agar kejadian serupa tidak berulang. Institusi Islam di sana masih perlu didokong dan terus berperanan penting agar Allah tidak murka kepada kita.


Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
May 29, 2013 at 6:13 PM

Jika kit abiar PAS dn PKR merosakkan Islam, ditakuti bala yg sama akan dtg ke bumi ini (NAUZUBILLAH). kalimah Allah dijual, Aqidah dipermainkan. HUDUD jd brg jualan pilihanraya, ostad2 PAS menipu agama, menipu ayat2 Al-Quran utk raih undi. PKR cuba 'cairkan' Islam dgn agenda2 LGBT, Pluralism..

tp malang ramai yg biarkan malah ikut serta.. tolonglah bertindak..hapuskan aktiviti mereka2 ini! semoga Allah dtgkan kehancurna buat Pakatan Haram dn sekutu2 merek!Aminn

Anonymous
May 29, 2013 at 6:22 PM

Esok lusa..semuanya rahsia tersembunyi..hak Allah. Hanya kita diberi akal utk digunakan sebaik.baiknya...

Jika kita penyokong LGBT..mungkin kita juga akan ditimpa bala besar. Jika kita memberi laluan mudah utk murtad mungkin kita mengundang kebinasaan.

Bersepah di dunia manusia dan kerajaan ditumbangkan kerana menjauh dr agama dan bongkak dgn kekayaan yg ada. Mereka mengeluarkan sesuatu dr mulut menurut kehendak diri mereka sendiri. Bahkan perbuatan mereka melampau batas.

Perbuatan najib dan Umno hanya Allah yg tau. Begitu juga perbuatan nuor dan pakatan hanya Allah yg tau. RAHSIA TERSEMBUNYI. Rahsia itu akan terungkap dgn petunjuk dgn izin Allah.

Atas izin Allah juga rancangan jahat dap utk menguasai Malaysia terbongkar. Atas izin Allah juga rahsia Red Bean Army terbongkar. Perbuatan jahat mereka semua terbongkar. Kita tunggu dan lihat..byk rahsia akan terbongkar atas izin Allah kerana kita masih ramai org Islam mendekati diri ke ajaran Islam sebenarnya.

Anonymous
May 29, 2013 at 7:24 PM

MAHA SUCI ALLAH..KAU PELIHARALAH KESEMUA HAMBA2MU INI TERMASUKLAH KESEMUA ZURIATKU DIDLM PELIHARAAN KALIMAH SUCIMU YA ALLAH..SEHINGGA KEHARI PENGADILANMU YA ALLAH.KAU LA MAHA SUCI.KAU LA MAHA AGUNG.KAU LA YANG MAHA BERKUASA KEATAS KESEMUA KEJADIAN MU.AKU HANYA BERSERAH/BERPASRAH KEHADRAT MU..TIDAK KEPADA PENDERHAKAMU.BERILA AKU KEKUATAN ZAHIR&BATIN BG MEMERANGI PENDUSTA&PENGKHIANAT MU YA TUHANKU YG MAHA AGUNG..AMEEEEEN YA RABBAL ALAMEEEN..!!

Anonymous
May 29, 2013 at 7:26 PM

Kat malaysia ni pehak berkuasa agama macam takut nak bertindak menghapuskan penyelewengan oleh pas yg banyak mengeluarkan "FATWA"sesat...
Takut pas dari takut bala..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger