Label 10

Home » » Ketua Pusat Mengundi Di Tumbuk Kerana Kempen "Jangan Undi BN" !!

Ketua Pusat Mengundi Di Tumbuk Kerana Kempen "Jangan Undi BN" !!

Written By AAKJ on Wednesday, May 15, 2013 | 11:00 AM


Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM2,000 atau tiga bulan penjara terhadap seorang lelaki warga emas kerana menumbuk seorang ketua pusat mengundi dan membuat laporan polis palsu.

Malcolm Maing, 65, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu di hadapan hakim Zubaidah Sharkawi.

Dia melakukan kesalahan itu pada 7.45 pagi 5 Mei ketika berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesara kerajaan dari Rh. Ranggau di Sungai Assan itu didakwa mengikut Seksyen 329 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 182 akta yang sama kerana membuat laporan palsu kepada polis.

Pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Mohd Fazirul Mohd Fisol memberitahu mahkamah bahawa pada hari kejadian, Maing mendengar orang ramai berkata Petrus Amping, Ketua Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Assan, meminta pemilih di situ supaya tidak mengundi Barisan Nasional (BN).
Maing kemudian bersemuka dengan Petrus untuk memintanya memberi penjelasan tentang perkara itu.

Mohd Fazirul berkata, Petrus menyatakan Maing merempuh serta menyikunya di bahagian abdomen dan apabila dia (Petrus) menolak lelaki itu, dia ditumbuk pula di pipi kanan.

Pegawai itu berkata, Petrus tidak mengambil kisah tentang kejadian itu dan meneruskan tugasnya sebagai ketua pusat mengundi.

Bagaimanapun, katanya, Petrus terkejut apabila mendapat tahu Maing membuat laporan yang bertentangan dengan kejadian sebenar di Balai Polis Jalan Ulu Lanang.

Tujuh saksi, termasuk dua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lima anggota polis yang bertugas di SK Nanga Assan, memberi keterangan yang menyokong keterangan Petrus tentang kejadian itu. - Bernama

A.S PERNAH KATA, 60% PETUGAS SPR ADALAH PRO PAKATAN HARAM. KORANG JANGAN TAK PERCAYA PULA.

SO, ANUWAR JANGANLAH MENYALAK SANGAT SERUPA ANJING LAPAR TULANG MEMFITNAH KONONNYA SPR ADALAH BUDAK SURUHAN BN WALHAL SEBALIKNYA YANG BERLAKU.

MEMANG LAYAK PUN KTM TU DITUMBUK! TIDAK JUJUR DAN PROFESIONAL DALAM MENJALANKAN TUGAS!


foto hiase
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger